Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, June 13, 2012

Sesi Novelis Turun Padang! Di MPH Book Store Alamanda Putra Jaya


Sesi Novelis Turun Padang!!!


Assalammualaikum... Apa khabar semua? Syukur Alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Ilahi... sesi temu mesra bersama SHAHRIAH ABDULLAH akan turun padang di :

MPH BOOK STORE 


Alamanda,
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan

Tarikh, Hari & Waktu 

24HB JUN 2012

AHAD

2:00 Petang ~ 3:00 Petang


Jangan lepaskan peluang ini!

Dari jauh Shahriah datang hanya kerana...

 ingin beramah mesra dengan anda semua!


Jangan lupa! Dapatkan Karya Hit Shahriah di :

MPH BOOK STORE 

Alamanda,
Alamanda Shopping Centre,
Jalan Alamanda, Precint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan

Tarikh, Hari & Waktu 

24HB JUN 2012

AHAD

2:00 Petang ~ 3:00 Petang


Semestinya.. ada cenderahati istimewa buat semua yang hadir pada hari itu... kepada sesiapa sahaja yang mendapatkan Karya dan tanda tangan Shahriah!

*gambar hiasan*




Datanglah beramai-ramai!

Jumpa di sana!!! kita bergambar sama-sama okey!

 Jumpa di sana! di sana!

Assalammualaikum,

TATA!!

Sunday, June 10, 2012

Karnival Tani MOAinc MPPP Parit Sulong... Pengadil Masakan Seimbang


Assalammualaikum, semua teman-teman... Apa khabar? Syukur Alhamdulillah semua sihat yaa.. semoga ceria dan tabah dalam menghadapi kehidupan seharian kita semua yaa.. :) 

Pada 9hb Jun 2012 bertempat di Sekolah MRSM Parit Sulong, i telah di undang untuk menjadi pengadil bagi acara pertandingan memasak dengan tema 'MASAKAN SEIMBANG' juga mewakili Majalah RASA @Grup Karang Kraf. Jutaan Terima Kasih kuucapkan kepada semua pihak penganjur dan juga yang terlibat sepanjang acara berlangsung.


Di kesempatan ini juga inginku ucapkan Jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Noraini Bin Ahmad. Cantik dan awet muda insan yang sungguh terkenal *bertudung hitam* yang menyengih tudung biru tu i... hehheee...

Pertama kali bertemu beliau, maklumlah selama seumur hidup i memang tidak pernah pun terlibat dengan mana2 politik, tak reti hehee.. tetapi yaa ada tetapinya yaa... i sentiasa mengikuti perkembangan segala politik di Malaysia ni dan luar negara.. Dan UNDI ADALAH RAHSIA... :))


Jutaan terima kasih juga buat Puan Liza selaku setiausaha kepada Yang Amat Berhormat Dato Noraini. Beliaulah insan yang berurusan dengan i sepanjang majlis berlangsung. *Puan Liza Arrow putih* Cantik orangnya.. berdarah kacukan Poland dan Melayu.. mata dia cantik sangat! i like... :))

berbuallah kami bermacam-macam cerita dari satu topik ke satu topik, memang peramah orangnya, pulak i ni jenis TERLEBIH peramah.. hah! gitu ler jadinya.. berbual siap dengan gaya!

Berbincang dengan Urus setia majlis... Puan apa tak ingat nama...
terima kasih di atas layanan yang memang terbaik!
dah macam kenal lama.. 
berbincang apa yang perlu dan markah untuk kategori hari itu...

Pesanan penaja : 

"Chef, tolong bagi markah jangan ikut piawaian MasterChef ya.. mereka semua penduduk kampung.. faham-faham ajelah.."

hehhee... okay! noted!

antara para peserta yang turut mengambil bahagian..
secara berkumpulan, tiap kumpulan mewakili 2 orang..
Akak-akak tu memang hebat! ada di antara peserta dah banyak kali menyertai mana-mana pertandingan memasak! memang hebat! cool aje taw... suka i taw!


acara dah bermula... masa di beri 1 jam.
dari mula sampai akhir i dok ler pergi balik tiap meja peserta.
Perut masa tu berbunyi! Aroma tiap masakan dari peserta tu bukan main sedap lagi!! 
mujur tak ada sesiapa yang dengar perut i berbunyi! hehheehe

bau tiap masakan peserta tu hadoiiiii... sedap betul!!!
macam-macam ada!! semuanya lauk kampung!! i like.. laaa..
tahniah buat semua peserta!
macam ni bolehlah masuk uji bakat MasterChef ya kak!


i tetap bertanya kepada tiap peserta.. tanya petua... tanya hidangan tu memang selalu masak buat keluarga ke.. ehh pendek cerita i memang suka bertanyalah!

Di Bawah ini adalah sebahagian hidangan peserta.. banyak sebenarnya.. hebat-hebat belaka! cukuplah apa yang ada yaa.. buat tatapan semua..:))







pecel leley.. ikan keli.. i tak makan ikan keli..
demi tugasan dan tanggungjawab.. ehh i makan hokey!!
hheeehhhh... biar adil dan saksama gitu!









Hidangan di atas adalah hidangan yang terbaik!!
sangat kreatif, kemas dan sedap!



ini adalah hidangan peserta yang juara pada hari itu.. nampak tak labu tu?? itu bukan dessert yaa.. tetapi lauk labu masak asam rebus.. bersama kacang panjang.. dan labu tu di kukus.. so masa nak menyudu tu sudu sekali labu tu.. waduhh... terbaik!


antara peserta yang sedang menanti keputusan selepas berhempas pulas memasak!
cayalah kak! you all memang terbaik! cool aje mereka semua tu.. suka sangat i taw!
dan kesemua mereka tu tahu i adalah salah satu peserta MasterChef Malaysia.. semua tengok i di tv.. nak tahu apa komen mereka??

"Kat TV nampak Besorrr... kat luar.. kecikkk aje orangnya"

Waduhh terima kasih yaa kak sebab cakap i kecik! padahal itulah antara baju yang sama rap aje i muat muahahahahahha.. syyyyyyy... cakap sini habis sini hokey!

Mulalah menilai tiap masakan!


bukan i sorang sahaja yang mengadili yaa.. ada 2-3 orang yang pakar juga... dari KEMAS...

Persembahan, Rasa dan Keseluruhan
adalah markah yang di ambil kira.
ADIL DAN SAKSAMA...

RASA sangat penting! 


apa yang kami gelakkan tu??
bukan pasal masakan tu yaa... adalah tu! hehehe


Persembahan sangat penting... menu juga di ambil kira, sesuai atau tidak dengan tema..

MASAKAN SEIMBANG


cakap siang bisik-bisik! hehehe


kais dan rasa... sikit dan kekadang tu banyak jugak! hehehe


korek celah-celah ikan tu masak sempurna atau tidak...


setiap yang kami rasa, akan kami sama-sama komen...

pstt bisik-bisik.. sebab ramai benor yang duk kat celah kami tu hehehe
Selesai sudah... masa untuk menyampaikan hadiah dan cenderahati oleh 
Yang Amat Berhormat Dato Noraini Binti Ahmad 



Dato Noraini sorang aje yang kecik dan kami bertiga dok himpit hehhee


Terima Kasih Yang Amat Berhormat Dato Noraini...
cenderahati hamper dari beliau...  


sepatah dua kata ucapan dari i buat semua peserta...

TAHNIAH!!! terima kasih..:))


Hadiah yang tersedia memang cukup lumayan! ada tv flat screen, vacum berjenama, periuk nasi dan bermacam-macam lagi hadiah dan cenderamata memang best!
i yang dok celah hadiah tu pun.. macam nak aje.. hehehe


hah! Encik ni memang pertandingan tangkap ayam kampung!
banyak dia dapat You! balik buat sop! ehehehe


Sekian sahaja cerita dan aktivi i kali ini.. tunggu ada banyak lagi aktiviti yang bakal ku kongsikan kepada semua...

Jaga diri, senyum selalu... :)

Assalammualaikum...

TATA!!

Kerana Sebiji Epal Antara yang Terlaris!


Assalammualaikum.... 

Syukur Alhamdulillah.. Kerana Sebiji Epal antara yang terlaris... terima kasih :))
Order Terlaris Minggu Ini:

1. Sunan Musafir – Ramlee Awang Murshid
2. Kejora Di Langit Cinta – Anis Ayuni
3. Kerana Sebiji Epal – Shahriah Abdullah
4. Sunan Musafir (Hardcover) – Ramlee Awang Murshid
5. Seindah Sakura – Liza Zahira
6. Cinta ABC – Emma Maizura
7. Miss Pisau Cukur – Siti Nur Dhuha
8. Variasi Hidangan Berkeju – Noraini Zakaria
9. Bongkar Kekuatan Diri – Siti Marziah Zakaria
10. Anakku...Hidup Sekali Biar Bererti – Anwar Nursi
1 ·  · 


Telah Berada di Pasaran!!

Terima Kasih, Assalammualaikum... :))

Thursday, June 7, 2012

Salam Ceria Pagi Jumaat.... :) Selamat Beramal :)








11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Sampaikanlah, walau sepotong ayat..Jangan lupa untuk share..
Assalamu'alaikum. Jika anda suka mana2 gambar ataupun ayat dalam page ni.. Silalah copy ,tag ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..



Selamat Beramal... :)

Tuesday, June 5, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah dan Kerana Sebiji Epal antara yang TERLARIS!!

Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya! ALLAH..


Sajian Istimewa Shahriah Abdullah 

dan

 Kerana Sebiji Epal 

antara yang TERLARIS!!

**sumber dari Grup Buku Karangkraf**

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih ALLAH... Kerana Sebiji Epal dan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah adalah antara yang terlaris.. terima kasih semua yang telah mendapatkan Karya-karya Shahriah... terima kasih :))http://shahriahnovelis.blogspot.com/
Order Terlaris Minggu Ini:

1. Kejora Di Langit Cinta – Anis Ayuni
2. Seindah Sakura – Liza Zahira
3. Miss Pisau Cukur – Siti Nur Dhuha
4. Tuhan Sedang Menguji Kita – Ustaz Kazim Elias
5. Kerana Sebiji Epal – Shahriah Abdullah
6. Penawar Duka Pengubat Sengsara – Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
7. Sajian Istimewa Shahriah Abdullah – Shahriah Abdullah
8. Variasi Hidangan Berkeju – Noraini Zakaria
9. Kuasai Ilmu Tajwid Cara Mudah – Ustazah Niraida Md Noor
10. Antologi Cerpen – Pemenang Pertandingan Jom Tulis Cerpen PROSTAR Malaysia
5 ·  ·