Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Wednesday, April 20, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

 
♥ UNTUKMU YUNA ♥
 ♥ KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG KETUJUH BERSAMA BUKU PRIMA AKAN BERTEMU DENGAN ANDA SEMUA DI PWTC! JANGAN LUPA DAPATKAN!!! JUMPA SAYA SHAHRIAH ABDULLAH DI PWTC PADA 30HB APRIL 2011, HARI SABTU JAM 10 PAGI... SLOT KHAS BERAMAH MESRA DENGAN SAYA!!! JUMPA SAYA TAUU!!! ADA CENDERAHATI BUAT SEMUA TANPA HAD!!! SIAPA CEPAT D...IA... DAPAT!!! ♥

MUKA SURAT 114... 115...

     "Hoi! Nak ke mana pulak tu?"
    Langkah kakinya yang lemah terhenti. Juliana tidak jadi masuk ke dalam bilik. Dia tahu tugasnya, tetapi dia perlu salin pakaian sekolah dan solat dahulu, kerana waktu Zohor hanya tinggal sedikit sahaja lagi.
    "Sa...saya nak tukar baju dan solat dulu Mak Ngah."
  Tergagap-gagap suara Juliana bercakap. Tubuhnya menggeletar, bibirnya yang kering mengelupas terketar-ketar bila bercakap. Dia takut!
   "Amboi, amboi, dah pandai nak buat suka hati kau aje ya. Mari sini! Nah! ambik ni!"
   Mak Ngah Munah terus memulas lengan Juliana. Kemudian digonyohnya muka Juliana yang pucat lesi dengan bungkusan ubat-ubatan yang dihulurkan Cikgu Rahmat tadi. Berterabur pil-pil di atas lantai. Tak puas dengan itu, dia sentap tudung Juliana sehingga terburai rambut. Sakit betul hatinya.
   "Kau ni kan, nak kena ajar cukup-cukup. Sakit konon. Kau ni memang nak menggatal dengan cikgu kau tu, kan!
Nak minta simpati. Kau nak goda cikgu kau, lepas tu bila dia kahwin dengan kau, kau pulak kikis harta dia, kan?"
Mak Ngah Munah menampar-nampar pipi Juliana. Kanan dan kiri pipi itu ditamparnya sekuat hati.
   "Lepas ni, kau nak buat apa lagi? Pergi balai polis? nak adu apa aku buat kat kau. Berani kau mengadu. Mampus aku kerjakan, Eee...aku geram betul! Benci aku tengok muka kau tahu tak!"
  Ngah Munah menunjal-nunjal dahi Juliana bertubi-tubi. Kemudian dia meludah ke lantai. Bertepek air liurnya. Lalu dia genyeh muka Juliana ke atas lantai, biar muka Juliana berlendir dan penuh dengan ludahnya.
  "Kau dengan adik kau sama aje! Menyusahkan hidup aku! Menambahkan malang kau tahu tak! Aku benci dengan kau!!!"
KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA... ♥ UNTUKMU YUNA

Monday, April 18, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA 
KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH
 
♥ UNTUKMU YUNA ♥

MUKA SURAT 31.... 32.....

     "Kak..." bisik Jannah perlahan.                  
 Juliana leka membuat kerja sekolah. Banyak lagi yang harus disiapkan. Mengerling pun tidak. Dia tahu apa yang bakal meluncur dari mulut Jannah sekejap lagi. Pasti tentang duit. Apalagi masaalah yang mereka berdua hadapi sejak di lahirkan ke dunia ini, selain duit dan sering kelaparan ke sekolah setiap hari.
     "Kak! Ana nak cakap ni. Akak dengar tak?"
      Jannah mencuit lengan Juliana yang leka menulis di buku nota. Dia tahu Juliana dengar tetapi pura-pura buat tak dengar. Dia dah masak dengan sikap Juliana. Lebih banyak berdiam diri dari bercakap.
     "Kalau nak cakap tentang duit yuran pengawas tu, nanti dulu Ana. Sabar, insya-ALLAH dalam bulan ni jugak akak akan cuba sediakan ya."
     "ALah akak ni! Dari tahun lepas akak cakap macam tu. Dari esok ke minggu depan, sekarang dah hampir hujung tahu, dah nak masuk dua tahun ni hah! Kak, cikgu asyik mintak aje. Ana malulah Kak. Mana Ana nak letakkan muka Ana ni. Tolonglah kak, tolong desak ayah cari duit bayar yuran pengawas tu. Atau biar Ana pinjam duit dari Umai?"
      Jannah merengek manja. Air mata sudah mengalir di pipi.
Juliana terdiam, sebak dan pilu mendengar kata-akat adiknya itu. Kalaulah Jannah tahu yang dia juga sering didenda dan dijemur di luar kelas kerana gagal membayar duit buku latihan, apa nanti reaksi Jannah.
   Juliana menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan-lahan. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Sempat dia melingas melihat jika kelibat Encik Bashir ada di ruang tamu yang sempit itu.
     "Syy... jangan cakap kuat-kuat, nanti ibu dan ayah dengar. Jangan sesekali pinjam duit dari orang Ana. Ingat apa pesanan ayah dan ibu. Kalau pinjam pun, Ana nak bayar pakai apa?
Kesian ibu dan ayah. Sabarlah, kalau Ayah tak boleh bagi, nanti akak cuba usahakan ya. Berapa ringgit semua yuran pengawas yang perlu di bayar?"
     Tanya Juliana sambil mengusap-usap rambut Jannah dengan penuh rasa simpati.
    "Semua sekali, yuran pengawas RM25. Tolonglah kak, tolong adakan dlam minggu depan paling lewat. Ana malu kak. Rasa macam nak berhenti sekolah aje. Kasut tu pun dah koyak. Berjalan atas padang sekolah tadi pun, habis lencun stokin Ana.
     Sampai bila kita nak susah macam ni kak? Sampai bila? kenapa hidup kita tak senang macam orang lain? Tak perlulah ada rumah besar dan kereta besar. Ada duit yang cukup buat bayar yuran sekolah dan duit belanja sesen dua pun jadilah."
♥ UNTUKMU YUNA ♥ KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA 
KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

♥ UNTUKMU YUNA ♥

MUKA SURAT 29.....
    "Alhamdulillah, kau tengok ni Yuna, hari ini rezeki ayah. Pak Imam ajak makan di rumahnya tadi, ayah tolak. Ayah segan nak masuk rumah Pak Imam, baju ayah kotor dan koyak macam kain buruk. Nah! AMbil lauk-pauk dalam plastik ni, jangan lupa tanak nasi lebih sikit tau, Yuna. Lapar perut ayah ni dari pagi tak makan apa-apa pun."
    "Baik ayah."
Juliana cepat-cepat melangkah pergi. Tak sanggup lagi memandang wajah tua ayah. Dia meluru ke dapur. Ditariknya tong beras. Ringan! Juliana memutar penutupnya.
   "Ya ALLAH! Beras habis!"
Juliana tidak mampu lagi membendung air matanya. Kali ini dia tewas. Air mata mengalir deras. Dia meraba-raba duit di dalam kocek baju kurung sekolahnya. Ada RM 2, duit yang Cikgu Alissa sedekahkan padanya kerana tolong angkat buku sehingga ke dalam kereta. Air mata diseka dengan lengan baju kurung sekolah yang lusuh itu.
Juliana berdiri. Masih ada masa lagi untuk dia berlari ke kedai hujung simpang. Beli beras RM2 buat mereka makan malam nanti berlaukkan sedekah Pak Imam...
♥ UNTUKMU YUNA ♥ KARYA KETUJUH SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA ♥ SILA LAYARI BLOGS PENULISAN SHAHRIAH ABDULLAH >>> http://shahriahnovelis.blogspot.com/

Monday, April 11, 2011

UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH


UNTUKMU YUNA KARYA KE ~ 7 SHAHRIAH ABDULLAH

UNTUKMU YUNA............

SINOPSIS UNTUKMU YUNA.....

Juliana dan Jannah dibela oleh Encik Bashir dan Puan Kamsah yang tidak mempunyai anak. Setelah kematian Puan Kasmah, kehidupan Encik Bashir dan kedua-dua anak angkatnya kian terhimpit. Encik Bashir terpaksa menyerahkan Juliana dan Jannah di bawah jagaan Mak Ngah Munah.Semenjak itu, kehidupan Juliana dan Jannah umpama neraka. Mereka kerap didera oleh Mak Ngah Munah. Hasmudi, pelajar yang baru berpindah ke kampung itu telah menaruh hati dengan Juliana. Hubungan mereka terputus begitu sahaja setelah Mak Ngah Munah mendera Juliana dengan hebatnya. Setelah kematian Mak Ngah Munah dan Jannah, Encik Bashir telah menjodohkan Juliana dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish. Semenjak itu, jiwa Juliana sepi, kosong walaupun harta menggunung di depan mata. Hasmudi hadir semula di dalam hidup Juliana. Menagih cinta yang terputus di tengah jalan. Konflik apakah yang berlaku seterusnya?
 JUMPA KITA DI DEWAN KARANGKRAF....
PADA 30HB APRIL 2011
HARI SABTU
JAM 10 PAGI *TEPAT!*
PELBAGAI CENDERAHATI ISTIMEWA DARIKU.... UNTUK SEMUA....
JUMPA DI SANA!!! DI SANA!!!!
akan sentiasa... UPDATE apa jua terkini tentang dunia penulisanku.... bersambung...:)

JADUAL WAKTU ~ PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC


JADUAL WAKTU ~ PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC

SYUKUR ALHAMDULILLAH.... DAH ADA DAH JADUAL WAKTU YANG SAHIH BUAT SEMUA PENULIS SEMASA PESTA BUKU ANTARABANGSA DI PWTC...
TEMUI SAYA.... SHAHRIAH ABDULLAH
PADA 30HB APRIL
JAM 10:00 PAGI
PELBAGAI CENDERAHATI IKHLAS DARIKU UNTUK SEMUA...
UNTUKMU YUNA.. 
BAKAL MENEMUI ANDA SEMUA DI PWTC NANTI...
JANGAN LUPA!!!
PELBAGAI HADIAH CENDERAHATI....
JADUAL LENGKAP SEDANGKU ATURKAN...
TERMASUKLAH PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH....
SIAPAKAH PEMENANGNYA?????
TUNGGU... AKAN SAYA UMUMKAN TIDAK LAMA LAGI!!!
JANJI HARUS DI TEPATI...
SEMESTINYA ISTIMEWA DARIKU UNTUK SEMUA...
PEMINAT DAN PEMBACA KARYA SHAHRIAH ABDULLAH....
KAU MAWARKU
CINTA NAJLA
SETITIS KASIH
SECALIT SAYANG
KAU TERCIPTA UNTUKKU
SERIBU RINDU UNTUKMU
DAN TERKINI....
UNTUKMU YUNA!!!!
DAN DENGAR CERITA... 
TELAH BERADA DI PASARAN!!!!
DAPATKAN SEGERA!!!
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA...:):):)
JANGAN LUPA!!
JUMPA SHAHRIAH ABDULLAH DI PWTC!!!


....akan sentiasa UPDATE apa jua aktiviti terkini tentang dunia penulisanku....

SHAHRIAH ABDULLAH....:)

Friday, April 8, 2011

NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH: KEHANGATAN KIAN TERASA.... UNTUKMU YUNA....

NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH: KEHANGATAN KIAN TERASA.... UNTUKMU YUNA....: "KEHANGATAN KIAN TERASA.... UNTUKMU YUNA.... Dup... Dap... Dup.. Dap... aje jantung ni ekk... tak sabar rasanya nak melihat, menyentuh ..."

KEHANGATAN KIAN TERASA.... UNTUKMU YUNA....

KEHANGATAN KIAN TERASA.... 
UNTUKMU YUNA....

Dup... Dap... Dup.. Dap... aje jantung ni ekk... tak sabar rasanya nak melihat, menyentuh dan membaca apalah cerita UNTUKMU YUNA selepas di EDIT oleh Pihak Editor.....BABY BARUKU yang Ke ~ 7.... UNTUKMU YUNA...
Dup... Dap... Dup.. Dap.... 
 UNTUKMU YUNA... KHAS BUAT SEMUA PEMINAT DAN PEMBACA BUKU PRIMA
JUMPA SHAHRIAH ABDULLAH.. YAKNI SAYA LER...:):)
pada 30hb April 2011
Hari Sabtu
Tepat Jam 10 Pagi 
Di.... PWTC...
Tu diaa.. jadual dah ada dah tu.... jangan lupa bertemu dengan SHAHRIAH ABDULLAH... 
JANGAN LUPA....
UNTUKMU YUNA... 
pada 30hb April 2011
Hari Sabtu
Tepat Jam 10 Pagi 
Di.... PWTC...

**BERMACAM-MACAM CERITA AKAN KU KONGSIKAN DI SANA NANTI... JANGAN LUPA DATANG BERAMAI-RAMAI TAUU.. SEMESTINYA SHAHRIAH ABDULLAH ADA CENDERAHATI KHAS BUAT SEMUA PEMINAT.... UNTUKMU YUNA....**

SEKARANG SEDANG SIBUK MEMBUAT PERSEDIAAN.... KHAS UNTUKMU YUNA... DI PWTC NANTI... JANGAN LUPA JUMPA DI SANA! DI SANA! DI SANA!!

**Akan sentiasa UP DATE BERITA TERKINI.... SEGALA TENTANG AKTIVITI DAN JUGA CENDERAHATI APAKAH YANG AKAN KU HADIAHKAN BUAT SEMUA PEMINAT.. NAK TAHU APA???? JANGAN LUPA... AKAN DI UP DATEKAN SENTIASA DI BLOGS PENULISANKU INI..... TERIMA KASIH SEMUA... TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SELAMA INI...**

Shahriah Abdullah... mencoretkan sesuatu... BERSAMBUNG....:):)