Ada Aku Kisah!
By : Shahriah
Abdullah
http://shahriahnovelis.blogspot.com
Tajuk : Ada Aku
Kisah!
Genre : Cinta
Komedi
Karya : Shahriah
Abdullah
Untuk pengetahuan
semua. Manuskrip bertajuk Ada Aku Kisah! adalah projek terbaru Shahriah 2012.
Kiranya masih 'Fresh' lagi.
Belum di
terbitkan lagi.
Dan belum pun di
edit oleh pihak EDITOR.
Hak Cipta
Terpelihara.
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada
kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.
Khas buat semua
peminat dan pembaca novel.
Terimalah...
Ada Aku Kisah!
Bermula dari Bab
1 dan seterusnya.
Aku Samsiah!
Aku Suka
Makan!
Aku Suka
Tidur!
Aku Memang
Pemalas!
orang kata
aku BESAR! aku tak peduli!
Aku Pantang Di
Cabar!
Aku Gadis
Normal Sebenarnya!
Ada Aku Kisah!
Bab 1
Mak aku cakap aku
pemalas! Aku bukannya pemalas, tapi lambat sikit bila buat sesuatu. Aku pulak
tak boleh kena sergah atau digesa untuk cepat melakukan apa jua kerja.
Alamatnya memang semakin lambatlah aku nak bergerak!
“Cuba buat kerja tu pantas sikit Siah...Mak tak sabar betul tengok
kau! Lambat! Terhegeh-hegeh!”
Jangan kena leter, seluruh otot aku akan jadi berat! Maka lambatlah
kerja yang akan aku buat tu nanti. Tapi mak tak pernah faham.
Semua keluarga aku cakap, terutama sekali Mak dan Abang Ngah cakap aku
kuat tidur! Yang ini kurang tepat! Aku sama macam manusia lain. Aku tidur awal
dan sering bangun tidur ‘terlewat’ dan bukan sepanjang hari aku tidur! Ada
kajian yang mengatakan tidur yang panjang dapat mengurangkan kadar penyakit
jantung. Jadi aku tidur awal dan bangun lewat sikit, itu pun cuma hujung minggu
sahaja, waktu cuti sekolah. Puas aku beritahu Mak dan Abang Ngah tapi sampai
sekarang mereka tetap kata aku ‘Kuat Tidur!’
Aku dah lali, bila mak berleter aku pekakkan telinga, tarik selimut
dan sambung tidur! Pasal mak kuat beleterlah aku paling rapat dan manja dengan
mak. Abang Ngah? Suka usik aku, dia jugalah tempat aku mengadu.
Jiran sebelah kanan aku namanya Acik Munah pantang nampak aku,
selalu tegur aku bila aku tengah makan dekat buai depan rumah.
“Siah dari tadi Acik tengok kau asyik mengunyah aje... tak
kenyang-kenyang ke kau Siah?”
Huh! Bukan Acik Munah sahaja, kawan-kawan sekolah yang dengkikan
aku pun cakap macam tu. Mak selalu berleter sebab katanya aku asyik mengunyah
tak henti. Abang Ngah kalau ada di rumah ni pun akan cakap macam tu jugak! Aku
bukan kuat makan! Tetapi aku kerap makan. Aku suka mengunyah bila menonton tv,
baca buku, sambil bantu mak di dapur. Dan aku paling suka mengunyah bila baring
atas tilam lapuk aku tu, sambil mengunyah aku baca buku lepas tu aku tertidur!
memang best sangat! Tetapi bukankah
semua orang hidup untuk makan? Atau makan untuk hidup? Ahhh... Ada aku kisah!
Semua orang cakap aku obes! Obes ke? Itu mereka yang cakap. Pada aku, aku biasa
sahaja... Cuma besar sikit aje. Terutama sekali bahagian peha! Lain semua okay!
Satu hal lagi aku memang tak faham, apa mereka ingat mereka semua
tu sempurna sangat ke? Nampak orang besar sikit mulalah mata tu terjengil! Ada
pulak yang kurang asam tu siap berbisik-bisik bila aku lalu depan mereka. Lepas
tu gelak sekuat hati. Apa mereka ingat aku ni beruang ke? Badut? Aku manusia
biasa ada hati dan perasaan. Arghh... kalau aku ambil kisah tentang semua tu
memang aku boleh jadi orang hilang akal! Menjerit macam orang gila! Akhirnya
aku buat keputusan. Lantaklah! Apa orang nak cakap dan mengata pasal aku. Ada
aku kisah!
Kisah tak kisah pun.. dulu kalau ada yang mengata, berbisik-bisik,
ejek aku obes dan gelakkan aku, bengkak jugak biji mata melalak. Selera makan aku
pulak berganda-ganda naiknya! Sekarang aku dah tak kisah. Biarlah... apa mereka
nak kata nak ketawakan aku ke itu hak mereka. Aku tetap macam ni jugak!
“Dari tadi kupas kulit bawang tak sudah lagi Siah? Engkau berangan ke
tidur?”
Hmm... Mak aku pun satu hal. Aku ni kan dah sedia sejak lahir
memang kalah kalau bab mengupas kulit bawang. Mulalah airmata tu meleleh, Ehhh
bukan airmata sahaja hingus pun sama naik meleleh!
“Dah nak siap dah ni mak. Pedih mata Siah ni mak. Bawang ni bukannya
sikit.”
Menjawab jugak aku. Kalau tak berjawab nanti Mak aku cakap aku buat
kerja sambil tidur!
“Cepatlah sikit buat kerja tu Siah. Dah pukul berapa dah ni? Daun pisang
belum berlap lagi tu! Petang nanti nak kena bungkus nasi lemak. Banyak kerja
lagi nak dibuat. Sebelum Maghrib ayah dah nak hantar ke surau. Laju sikit kerja
tu Siah... Heshhh..”
Hah! Dah mulalah tu mak aku nak berleter. Ini yang aku paling
lemah! Aku bukan boleh kena tegur atau dileteri kerja aku akan jadi lebih
lambat bukannya cepat! Mak aku ni pun tak faham-faham dengan cara aku.
“Dah siap dah.”
Aku angkat dulang berisi bawang yang telah siap di kupas. Airmata
yang meleleh sebab pedih aku seka dengan belakang tapak tangan. Hingus yang meleleh aku
biarkan. Tanda protes!
“Cubalah lap sikit hingus tu! Selekeh betullah kau ni Siah! Badan aje
besar perangai macam budak kecik! Heii... nak ambik tisu ni, lap hingus tu.
Sebelum masuk dalam bawang. Gelilah Siah... Siah...”
Nak ambil ke tak tisu yang mak aku hulurkan tu? Aku rasa macam nak
tinggalkan aje. Masuk bilik hempas pintu. Kunci! Lepas tu tidur! Lagi best!
“Hah! Nak kemana pulak tu? Ni.. ni... cili kering ni siapa pulak
yang nak tolong kisar? Cepat! Jangan tercegat aje kat situ. Lajulah sikit kerja
tu Siah...”
Aduhhh ni kerja yang paling aku lemah! Lemas betullah nak kisar
cili kering. Nanti tangan, kaki, muka ehhh pendek kata semua sekalilah pijar!
Kalau sejam dua pijar dek cili kering tu tak apalah, aku boleh tahan lagi.
Pernah dulu seharian aku mengelepar menahan panas dan pijar. Penghabisannya aku
tertidur depan 3 biji kipas yang aku tala kat hujung kaki aku. Mimpi ngeri aku malam tu tau!
“Alaa... Siah takut pijarlah mak. Dah cuci ke belum ni mak? Leceh
laa...”
Aku merungut dengan kening bercantum, dahi berkerut seribu, mulut
muncung ala boleh sangkut baldi!
“Dah. Tinggal kisar aje tu. Pakailah sarung tangan plastik kalau
takut pijar.”
Hurmmm... mengeluh tak sudah aku! Tapi tak apalah mak dah siap
cucikan cili kering tu. Kurang satu azab.
“Hah! Jangan pulak kau kisar sepenuh tidak dalam jug pengisar tu.
Nanti meletop lagi macam dulu!”
Ohhh... mak berleter lagi.
“Kata nak cepat.”
Aku menjawab pantas. Mana boleh tahan kalau nak buat kerja tapi
semua kena leter lepas tu semuanya tak kena. Hrmmm.. boring betul!
“Ya, memang nak cepat! Tapi bukan cepat nak rosakkan blender tu.
Bising Ayah engkau tau Siah. Masuk ni dah dua blender yang kau letupkan!”
Aku diam. Kali ni aku tak berani nak bersuara. Betul jugak kata Mak
aku. Kalau aku rosakkan jugak blender ni bermakna dah 3 biji blender yang aku
dah letupkan. Heehee... Aku tergelak dalam hati.
“Tersengih-sengih? Apa yang kelakar sangat? Ingat Siah kalau kau
rosakkan lagi blender lepas ni kau giling semua cili yang ada tu. Biar pijar
satu badan! Nak macam tu?”
Mak Jah menjengilkan matanya. Nafas turun naik kadang-kadang dia
memang boleh hilang sabar melayan perangai anak dara bungsunya. Mujurlah kakak
sulong Samsiah tak sama perangai macam Samsiah. Mak Jah menggeleng-gelengkan
kepalanya.
“Ya, lah orang kisar cili ni sikit-sikit. Mak lepas kisar cili kering ni, Siah nak ke
kedai. Mak ada tak nak kirim apa-apa?”
Wahh aku melembutkan suara aku yang serak basah. Mata asyik
menjeling cili kering yang penuh dua tapis plastik. Besar pulak tu!
Terkial-kial aku menyepit cili kering, tak berani nak ku genggam takut pijar!
Pukul berapa nak habis ni! Aduhhh tak suka betullah!
“Apa lagi yang nak kau cari di kedai tu Siah? Apa yang tak ada
dalam peti sejuk tu? Nak beli top-up lah agaknya tu?”
Mak aku memang teror. Tahu aje dia apa yang aku nak cari di kedai
tu nanti. Ais Krim dan top-up!
“Errr... tak apalah Mak. Tak jadilah pergi kedai.”
Aku malas nak dengar mak berleter panjang lebar. Merajuk pun ya. Sakit telinga aku!
“Dah tak jadi pulak.. kalau nak ke kedai tu mak ingat nak kirim telur
sepapan. Duit nanti ambil dalam kocek ayah engkau yang tersangkut kat belakang
pintu bilik mak sana tu hah!”
Aku menyengih. Hati terus berbunga-bunga.
“Mak nak buat puding karamel ya mak?”
Aku masih lagi menyengih malah lebih lebar sehingga menampakkan gusi
aku! Lidah asyik menjilat bibir, terbayang-bayang puding karamel kesukaan aku. Sedapnya!
“Engkau ni kan Siah, ingat makan aje lain tak ada! Mak nak buat
telur rebus. Nak tambah untuk kuah sambal nasi lemak ni nanti. Siah.. Siah...
cuba diet sikit!”
Alahh.. ni yang aku malas nak dengar! Diet! Diet! Bukannya aku ni
besar sangat pun! Tu.. Kak Liza anak Pak Ngah tu lagi besar! 6 kali ganda lebih
besar dari aku! Tak pulak aku dengar Mak Ngah dan Pak Ngah berleter suruh Kak
Liza diet!
“Laa.. telur yang dah siap Siah rebus kan banyak dah? Dah siap berkupas pun kulitnya. Tu hah! Dalam
tapis. Tak cukup lagi ke?”
Aku mana nak mengalah. Baran aku kalau Mak dah mula sebut pasal
diet! Satu hal lagi, nanti aku kena kupas lagi kulit telur. Leceh laa...
“Tadi memang cukup! Sekarang tidak! Yang kau telan 6 biji sambil
kupas bawang tu tadi apa? Agaknya kau ni tak pernah kenyang agaknya ya Siah?”
Ohh... aku lupa! Baik aku angkat kaki! Sebelum mak ungkit tempeh
goreng dalam tapis dah luak separuh aku ratah!
“Hah! Nak ke mana pulak tu? Cili kering ni belum habis di kisar!”
Mak Jah menengking! Hilang sabar dengan perangai anak daranya yang
satu itu.
“Kencing jap!”
Tipu! Aku cepat-cepat berlalu. Lepas ni jangan harap aku nak jengah
lagi ke dapur!
“Lepas tu kau lesap! Blaa... blaa...”
4 comments:
kak Sha..kak sha update sampai bab akhir yerk.., nanti saya baca kt sini je, ...hehehe.
wah..novel barubest best..cepat la sambung kak..
:-)
Myda hheehhee... baru bab 1 tunggu bab seterusnya... kalau habiskan kat blogs wahhh nak cari makan apa akak lepas ni hehehe.. anyway tq yaa..:)
Mummy Ayu sabau ler hehehehehhe tq for reading yaa... keep on waiting...
Post a Comment