Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, February 21, 2013

Sinopsis Untukmu Yuna


♥ Untukmu Yuna ♥

Terbitan Buku Prima ~ Tahun 2011

Muka Surat ~ 460

Harga ~ RM19.90

Sinopsis ♥ Untukmu Yuna ♥


Juliana (Yuna) dan Jannah (Ana) adalah dua beradik yatim piatu yang dipelihara oleh Pak Bashir dan Puan Kasmah semenjak mereka kecil lagi. Kehidupan mereka sangat daif. Tinggal di pondok buruk umpama menanti rebah. Dengan kehidupan kais pagi makan pagi. Kerana kemiskinan Yuna dan Ana sentiasa menjadi bahan cemuhan dan cacian di sekolah dan juga penduduk kampung. Terutama sekali Mak Ngah Munah yang sememangnya tidak sukakan Yuna, Ana dan Puan Kasmah yang dia anggap sebagai perampas harta pusaka peninggalan Arwah Neneknya.

Walaupun kesekolah jarang bersarapan, pakaian buruk dan kasut lusuh. Yuna dan Ana sangat bijak dan sentiasa menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Ramai pelajar yang cemburukan Yuna. Sehinggalah suatu hari Hasmudi pelajar dari bandar yang baru sahaja berpindah ke kampung telah menaruh hati terhadap Yuna. Yuna sedar siapa dirinya, insan miskin yang tak punya apa-apa. Tanggungjawabnya terhadap ibu angkat yang terlantar sakit lebih di utamakan.

Demi mengubah nasib keluarga, Pak Bashir sangup bekerja ke Sabah meninggalkan keluarganya yang daif. Mak Ngah Munah mengambil kesempatan yang ada. Dia yang menyebabkan Puan Kasmah meninggal dunia. Semenjak itu Yuna dan Ana di jaga oleh Mak Ngah Munah.

Bermulalah episod hitam dua beradik yang di dera dengan kejam setiap hari oleh Mak Ngah Munah. Mereka tidak di beri makan dan minum. Di pukul dan di terajang. Di kurung di kandang kambing. Malah di ugut jika rahsia jahat Mak Ngah Munah terbongkar, dia akan bunuh Pak Bashir. Akhirnya dua nyawa terkorban dengan tragis. Mak Ngah Munah mati di tusuk parang tajam oleh Ana. Dan akhirnya Ana juga menemui ajalnya. Berakhir sudah satu seksaan yang Maha kejam.

Mendung baru sahaja berarak pergi. Satu lagi kisah yang mengejutkan. Apabila Pak Bashir telah menerima lamaran seorang lelaki hartawan untuk di jodohkan dengan Yuna. Lelaki yang lebih tua dari Yuna dan sesuai di panggil bapa. Demi menutup buah mulut orang kampung dan membalas jasa baik bapa angkatnya, akhirnya Yuna telah di nikahkan dengan Dato Darwish.

Nama sahaja isteri kepada hartawan, sepanjang bergelar isteri Yuna tidak pernah di sentuh oleh Dato Darwish. Dato Darwish masih tidak dapat melupakan Arwah isterinya. Tekanan mulai di rasai oleh Yuna yang setia dan sentiasa mengharapkan cahayamata menghiasi kehidupannya yang umpama permaisuri di istana besar.

Yuna di sahkan hamil dari benih Dato Darwis suami yang dia cintai. Kehidupannya mulai berubah dan bahagia. Sedang enak mengecapi kebahagiaan, Hasmudi muncul di tengah-tengah kebahagiaan mereka berdua setelah Dato Darwish menemui kecelakaan. Bermulalah satu lagi dugaan yang hebat buat Yuna. Apabila Dato Darwish cemburukan dan membenci dirinya. Yuna di cemuh dan di caci.

Datin Rokiah ibu kepada Hasmudi terbau bahawa Hasmudi anaknya sukakan Yuna kekasih hatinya semasa di kampung dulu. Dia mengatur rancangan untuk menghapuskan Yuna, demi kebahagiaan Hasmudi yang akan bernikah bersama menantu pilihan hatinya. Sejak itu Yuna menjadi mangsa dengki dan tamak Datin Rokiah.

Akhirnya mendung berarak pergi, Dato Darwish telah menyesali perbuatannya. Datin Rokiah telah menemui ajalnya. Hasmudi akhirnya bernikah juga dengan pilihan orang tuanya. Dan Yuna hidup bahagia bersama Dato Darwish.


Akan di bentangkan semasa di ASWARA Finas Malaysia..2hb Mac Nanti... doakan yang terbaik Untukmu Yuna.. Amin...
 
 

Tuesday, February 5, 2013

Karnival Kumpulan Media Karangkraf 2013 ~ 2hb Feb


Assalammualaikum... :)

Lama dah menyepi tak update blogs penulisan... cerita tu ada.. idea tu yang tak ada :D

Awesome Legend :D

kami bertiga dok ler berbincang.. terasa ler semuanya 'berusia' hehehee...

pastu i cakap macam ni..

"Seronoknya jadi penulis ni.. usia bertambah.. kedut di muka bertambah... jiwa tetap maintain remaja.. sebab kita sentiasa mengarap kisah cinta... macam-macam watak yang kami lakonkan.. remaja? kanak-kanak?gadis?ehhh... pendek cerita.. macam-macam ada... kannn "

 Terima kasih buat pihak Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi menjemput kami penulis-penulis yang bernaung di bawahnya.. dengan adanya Karnival seperti ini...

Inilah peluang untuk bertemu-mesra dengan semua peminat-peminat karya yang telah kami hasilkan.. :)



Tarikh : 2hb Februari 2013

tepat jam 12 Pagi..

tiba di Karnival Karangkraf..

sampai aje.. perghhh... kebetulan penyanyi Black sedang menyampaikan lagu FAV!!! i...

Teman Pengganti.. terus ler stop! tepi pentas! paksa my Pak Habibi snap gambar i berlatar belakangkan sipi-sipi Black pujaan i tu :D

jadilah dari tak de... walaupun gambar i menyengih lebih jelas dari Black :P


Tiba aje kat booth...

Penulis tersohor dan terkenal seluruh Malaya dah sedia ada di situ..

dengan sambutan yang cukup meriah sekali *tang riuh-rendah*

Kak Kamsiah Abu dan Abang Salleh...


i cakap...

"Bang Salleh.. duk tengah... masa ni lah peluang nak duduk di apit bidadari turun dari atas darat!"

suka ngko aii... tengok Kak Kamsiah Nek Cun tu... sakan menyeringai :D


bertemu buku dengan ruas! :D

Sifu Tuan Haji Ali... Ketua Editor Buku Prima..

Gandingan Mantop! cecewahhhhhh ;))


di apit adik-adik kesayangan i.. kumpulan media..

Tq dear sebab kepit akak :))


Masa ni cuaca panas terik..

langsung tak terasa bahangnya... terima kasih buat Kumpulan Media Karangkraf sebab menyediakan tempat yang selesa dan ada kipas di atas kami :D

Nampak tak balang gula-gula yang i pegang tu?

"Gula2 ni dah kena mandram! muahahaaa"

terus Abang Salleh ambik 9 biji sekaligus! :))

*gurau*

Khas buat semua peminat yang singgah di meja i... ;)

Okay kepada peminat-peminat yang hadir khasnya...

scroll down jika gambar you olls ada dan silalah tags ya.. i izinkan ;)




Penulis Buku Prima yang cukup terkenal..

Ebriza yang cukup cantik dan menawan..

Lama tak jumpa.. bila jumpa terus ler sembang..

Terima kasih dik sebab bagi akak ole-ole dari Penang...

dan i bagi dia gula2 sebalang!

dah habis ke? :D


Nurul Syahida.. penulis Buku Prima yang cukup popular!!

Meletop! sekali... dah lama tak jumpa.. 

dik.. sorry akak tags dari wall FB adik... ;)


Naz Lina... peminat setia karya Shahriah..

pembaca dan pengomen tegar..

Owner Snowgurt.. cantik dan comel je orangnya..

sempat singgah di kedai beliau menikmati snowgurt dan durian crepe yang sedaps!


Peminat dari jauh... datang dari Penang..
datang semata2 nak memborong jualan hebat di Karangkraf..

Terima Kasih kak...



Antara penulis paling popular dan meletop..

Ramlah Rashid... Kak Ila..

semakin hari kian jelita :)


Awesome Lagend

Kak Kamsiah Abu (Nek Cun), Kak Ramlah Rashid (Kak Ila), Puan HJH Sri Diah :)


Syukur Alhamdulillah..

Selesai sudah...

Terima Kasih semua yang datang dan menegur Shahriah sepanjang berada di Karnival yang cukup berprestij 2013



Jutaan Terima Kasih buat semua peminat Karya Shahriah yang susah-payah datang dari jauh..
sanggup mengharung panas terik..
dan terima kasih kerana sudi menyokong Karya-karya Shahriah..

Hanya ALLAH SWT yang dapat membalasnya.. Amin...


Sekian dulu... Nantikan pengumuman pada bulan March nanti.. khas buat semua peminat Karya SHahriah Abdullah..

I love you olls.. Peace Yaw! ;))

Assalammualaikum..

TATA!!