Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Friday, September 28, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 23


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 23

“Lambat ke sekolah hari ni?”
Aku yang sedang terbongkok-bongkok mengusap bulu Bobo terkejut. Aku terdiam sejenak. Aku tarik nafas dalam-dalam.
“Err.. sekolah. Lambat sikit sebab hari ni Siah masuk pertandingan memasak. Cikgu akan jemput Siah sekejap lagi.”
Aku kibas-kibas bulu Bobo yang terlekat di celah tapak tangan aku. Wajah tampan Abang Kamal sedikit pun tidak aku jeling. Aku cuba nak lupakan Abang Kamal dari ingatan aku. Aku sebak tiba-tiba.
“Hebat! Di mana? Siah masak apa?”
Hebat apanya? Aku bertanding pun belum! Aku mendengus dalam hati.
“Siah masak apa?”
Abang Kamal menyoal lagi setelah aku diam membatu.
Aku langsung tak ada mood nak berbual pagi-pagi hari. Aku gementar satu hal. Kalau boleh aku memang mengelak dari tersempak dengan Abang Kamal. Ya, lah tak lama lagikan Abang Kamal akan bertunang dengan Kak Long, setelah rombongan merisik keluarga Acik Munah datang minggu lepas. Aku dah nekad nak jauhkan diri aku dari abang Kamal.
“Mesti Siah masak specialkan?”
Abang Kamal menyoal lagi. Aku melepaskan sebuah keluhan. Aku kais-kais kocek beg sekolah aku. Ada sepeket biskut oreo. Aku bukak aku kunyah. Kali ni aku dah tak peduli makan depan Abang Kamal. Hilang sopan aku.
“Bertanding di Sekolah Bandar. Goreng cekodok pisang aje.”
Aku menjawab sambil lewa. Biskut oreo dalam peket kecil hanya tinggal separuh. Aku kunyah, aku telan, aku kunyah aku telan. Aku sayu dan sebak sebenarnya!
“Cekodok pisang? Sedapnya... Siah kalau buat cekodok pisang memang best! Abang suka, mak abang pun selalu puji.”
Erkkk.. betul ke ni? Atau aku silap dengar? Acik Munah puji cekodok pisang aku? Dan abang Kamal pun sukakan cekodok pisang aku?
Cepat-cepat aku simpan baki biskut oreo. Aku kebas-kebas uniform sekolah. Aku yang tadinya santai duduk di atas buaian, terus berdiri. Berdiri dekat tepi pagar di mana abang Kamal sedang berdiri. Aku menyengih macam kerang busuk! Kalaulah Olia nampak mesti teruk aku kena kutuk.
“Errr... nanti kalau ada masa Siah buat dan hantarkan ke rumah abang. Kesian Acik Munah dah lama tak makan cekodok Siah. Minta maaf hari tu pisang yang Abang bagi dah selesai Siah makan. Sorry ya Bang.”
Tersengih-sengih aku. Memang aku makan kesemua pisang lemak manis yang Abang Kamal kirim pada mak. Bukan aku tak tahu Abang Kamal belikan pisang tu untuk aku buat cekodok pisang dan hantarkan sepiring untuk dia. Aku sengaja! Aku kan frust Abang Kamal nak bertunang dengan Kak Long. Sebab tu aku sesah semua pisang tu. Mak marah! Aku tak peduli aku makan sampai habis! Ada aku kisah!
“Tu lah.. sampai laa Abang kempunan nak makan cekodok pisang Siah tu tau.”
Alolooo kesiannya Abang Kamal. Aku rasa macam nak nangis pun ada!
“Tak pe.. nanti Siah buatkan yaa.. special untuk Abang Kamal dan Acik Munah.”
Wah! Aku kan.. tiba-tiba bersemangat bukan main lagi! Terbayang-bayang wajah Acik Munah yang tersenyum memuji cekodok pisang aku.
“Terima kasih Siah. Abang doakan Siah akan berjaya! Dapat no 1 Insya~ALLAH.”
Aku tersenyum lebar. Hati aku berbunga-bunga.
Selepas itu aku terdiam. Aku baru teringat yang Abang Kamal tidak lama lagi bakal menjadi abang ipar aku dan bukan lelaki pujaan aku lagi!
“Apa kata kalau hari Abang masuk meminang Kak Long tu Siah buatlah cekodok pisang. Mesti tetamu yang datang suka. Cekodok Siah memang sedap! Abang tak tipu tau.”
Aku yang tadinya bukan main menyengih bagai nak apa. Tiba-tiba terus ketat senyuman aku terus ketat. Aku terlupa! Aku terlupa! Dengan siapa aku bercakap sebenarnya.
“Err.... err... Siah, masuk dalam dulu ya, Bang.”
Aku cepat-cepat meluru masuk ke dalam. Abang Kamal yang tercengang-cengang dengan tindakan aku, langsung tidak ku pedulikan.
Lantaklah! Kau bukan milikku lagi Abang Kamal.
Aku hempaskan badan di atas katil. Aku menangis sepuas-puasnya.

...............................

“Lap sikit minyak di piring awak tu.”
Pengadil menegur aku yang sedang leka mengemas peralatan memasak.
Aku lap seperti yang di arahkan oleh pengadil. Aku toleh kanan dan kiri ada lebih 30 orang peserta yang menyertai pertandingan memasak. Aku telan air liur, aku gementar tak sudah! Peluh yang meleleh di dahi aku lap dengan tisu. Tisu yang Abang Kamal hulurkan pada aku dulu, sampai sekarang aku masih simpan rapi. Aku lipat tisu yang hampir lunyai. Itulah kenangan manis suatu masa dulu bersama Abang Kamal.
Wajah Abang Kamal berlegar-legar di mataku. Sepanjang aku bertarung tadi aku asyik membayangkan cekodok pisang special yang aku masak itu khas aku tujukan untuk Abang Kamal dan sorry Acik Munah langsung tak kubayangkan! Buat sesak mata aje.
“Semua peserta masa telah tamat! Sila berhenti dan hantarkan hidangan masakan anda di meja pengadil.”
Aku telan airliur. Syukur Alhamdulillah berakhir sudah satu penyiksaan.
Kini aku gementar tak sudah menanti keputusannya. Kalah atau menang aku tak kisah sangat, Cuma aku berharap sangat aku akan menang! Demi mempertahankan maruah dan ego aku terhadap Halim dan kawan-kawannya yang samseng!

.............


“Tahniah! Siah! Cikgu dah agak kamu memang akan menang!”
Aku terangguk-angguk. Keputusan telah di umumkan. Tak sangka cekodok pisang aku mendapat tempat pertama. Cikgu Suhailin adalah insan yang paling gembira. Aku yang pucat tak berdarah tadi bukan main merah padam lagi muka setelah menerim imbuhan yang cukup lumayan. Sebuah hamper sebesar aku dan wang tunai RM300.
“Terima kasih cikgu. Kerana cikgulah saya menang. Cikgu sentiasa support saya.”
Terbayang-bayang wajah tampan Abang Kamal tersenyum bangga ke arah aku, dan bukan kerana Cikgu Suhailin dan sesiapa pun.
“Cikgu dah agak! Awak memang boleh juara, sebab hidangan dan presentations awak pun cantik dan kemas Siah. Cikgu bangga! Cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan mesti bangga dengan pencapaian awak.”
Aku tersenyum gembira, tidaklah terlalu gembira kerana aku sedang bersedih hati lagi.
 Ramai cikgu-cikgu dari sekolah Bandar yang bersalaman dan ucap tahniah kepada aku dan cikgu Suhailin. Tiba-tiba aku terasa seperti artis gitu!
“Bagus! Siah! Bagus! Ingat lagi sebulan kamu akan bertanding peringkat daerah pulak! Kamu kena usaha dan praktis dari sekarang.”
GULP!
APA???? Aduhaii.. ini yang aku lemah. Ingatkan dah selesai. Rupanya ada lagi, wakil daerah pulak dah. Ini yang aku malas! Aku takut!
“Alaa.. cikgu saya tak naklah. Cukuplah wakil sekolah aje cikgu.”
Hilang semua rasa gembira dan bangga. Terus kecut perut aku.
“Tak  apa Siah. Pertandingan ada lagi sebulan. Sempat lagi nak praktis. Kali ni hidangan tengahari pulak. Lagi pun masakan awak tadi mendapat pujian dari semua para juri. Cikgu yakin kamu memang layak mewakili peringkat daerah dan sekaligus mengharumkan nama sekolah kita.”
Aku terus terduduk. Wajah Abang Kamal tiba-tiba muncul. Mungkin pasal dia aku menang kot?
Tangan aku pantas mencapai 3 keping cekodok pisang baki bertanding tadi. Aku telan sekaligus! Macam nak tercekik pun ada.


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...24 ;)

Thursday, September 27, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 22


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

Bab 22


Aku ke pasar dengan mak. Banyak yang mak borong. Aku cuma jadi peneman mak dan tukang angkut barang. Senarai barang yang aku tulis ada dalam genggaman. Adalah dalam 7-8 barang, tapi mak borong lebih dari 28 jenis! Naik senget bahu aku menjinjing beg plastik. Mak pulak naik syeh dok mengambil entah-entah apa baranglah agaknya tu.
Aku memang malas nak ikut, pakkal aje mak dah berleter suruh aku ikut dia ke pasar. Siapa lagi yang nak mak harap selain aku!
“Bawang besar tu timbang 5 kilo. Bawang putih satu kilo.”
Aku mengetap gigi. Geram betullah! Mak ingat aku ni trolley ke? Kita di pasar ni mak, bukan di pasaraya Tesco atau pun Giant! Huh! Aku mendengus geram.
“Angkat tu Siah.”
Aku angkat. Muncung aku panjang berdepa.
“Mak, dah lah mak. Cukuplah. Berat ni. Siah tak larat nak angkat lagi dah.”
Aku merungut. Sampai merah jari-jemari aku angkat barang-barang yang berat. Mak menonong tinggalkan aku.
“Sikit aje lagi. Banyak barang yang mak nak beli. Lusa Kak Long kau balik. Minggu depan dah ada kenduri. Kenalah beli banyak barang. Kau ni pun, Siah.. Siah..”
Aku terkejut! Kak Long nak balik? Tapi kenapa mak tak bagitahu aku awal-awal? Aku tarik nafas dalam-dalam. Sampai hati mak, terasa aku seperti di pinggirkan.
“Kenapa mak tak bagitahu Siah, Kak Long nak balik?”
Aku menyoal dengan nada merajuk.
“Baru sekejap Kak Long kau telefon. Kau tak dengar ke?”
Bila masa pulak mak ada jawab panggilan telefon? Aku kehairanan.
“Kenduri apa mak?”
“Insya-ALLAH kalau tak ada aral. Acik Munah dan keluarganya akan datang merisik Kak Long kau. Mak ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit. Kali ni mak nak buat kat rumah. Jemput orang surau aje.”
Aku terkedu! Jadi betullah sangkaan aku, Kak Long dan Abang Kamal akan di satukan? Aku sebak! Aku sayu! Macam nak menangis dan meraung pun ada jugak!
“Dah! Jom! Kita balik.”
Aku lesu, langsung tak bermaya. Benarlah sangkaan aku selama ini. Kak Long dan Abang Kamal bakal di satukan.
“Nak ke mana pulak tu?”
Aku tinggalkan barang-barang yang berat di atas bonet kereta. Biar mak masukkan. Aku dah tak dapat tahan airmata aku dari mengalir! Aku frust sangat!
“Nak ke tandas sekejap. Mak tunggu Siah.”
Aku terus lari dan lari. Air mata mengalir jua. Aku sedih! Hati aku parah!

.....................

“Siah, aku tengok sejak dua menjak ni kau muram aje. Kau ada problem ke? Ceritalah kat aku.”
Aku diam. Mata aku jauh ku lemparkan di tengah padang sekolah. Sepi. Tanpa sesiapa pun yang berada di situ. Yang ada cuma aku dan Olia. Semua pelajar dah lama pulang kerumah.
Aku menggelengkan kepala aku. Olia merenung tepat ke mukaku.
“Cakaplah. Kau risau pasal pertandingan memasak tu ya?”
Aku melepaskan sebuah keluhan. Fikiran aku berserabut. Serabut sejak tahu Acik Munah akan masuk merisik Kak Long minggu depan dan selepas tu meminang. Dan aku juga risaukan tentang pertandingan memasak. aku pening!
“Aku ingat nak tarik diri. Aku tak buat persiapan apa pun Olia.”
Akhirnya itu yang aku luahkan. Tidak lebih dari itu. Biarlah aku simpan dan rahsiakan dulu.
“Janganlah macam tu Siah. Cikgu dan kawan-kawan semua sokong kau tau. Semua nak kau menang.”
Sorry kata-kata semangat dari Olia langsung tidak membakar sekuman pun semangat aku. Tidak seperti selalu semangat aku akan membara apabila Olia memberikan perangsang. Serius aku memang tengah stress.
“Aku tak buat persiapan satu pun Olia. Aku belum sempat lagi nak praktis di rumah. Gerenti aku akan gagal. Aku tension!”
“Aku tolong kau. Petang nanti aku ke rumah kau dan kita cuba resipi cekodok special kau tu. Kita cuba banyak kali. Practice make perfect!”
Aku menggeleng. Olia tak akan faham masaalah aku. Dan aku tak perlu berterus-terang. Buat apa? Aku yang angaukan Abang Kamal. Kak Long juga pilihan Abang Kamal dan bukan aku!
Aku macam nak menangis. Tapi aku tahan.
“Tak boleh. Mak aku tengah sibuk nak buat persiapan untuk kenduri. Banyak barang kat dapur mak aku. Bersepah dan sesak. Nak lalu pun susah.”
Aku memberikan alasan.
“Kenduri apa? Kau tak beritahu aku pun.”
Aku melepaskan sebuah keluhan. Aku memang tak ceritakan satu pun pada Olia. Aku sedih. Aku stress.
“Acik Munah nak datang merisik Kak Long aku tak lama lagi.”
Aku menjawab perlahan. Wajah muram dan sugul.
“Wah! Jadi Kak Long akan bertunang dengan Abang Kamallah tak lama lagi? Bestnya!!!”
Olia bersorak riang. Aku tunduk tak angkat muka. Semua orang gembira. Cuma aku seorang sahaja yang berduka.
“Erkk... kenapa kau diam aje Siah? Kau tak suka ke Abang Kamal dan Kak Long kau bertunang? Kan kau minat sangat dengan Abang Kamal. Sikit.. sikit, AbangKamal.”
Aku angkat bahu. Mungkin Olia tak faham apa perasaan aku. Memang aku minat giler dengan Abang Kamal. Tetapi aku kurang berminat dia jadi abang ipar aku, sebab aku sukakan Abang Kamal! Aku ada menyimpan perasaan dalam diam terhadap Abang Kamal selama ini. Dan Olia tak tahu tentang itu.
“Entahlah. Agaknya aku risaukan tentang pertandingan memasak tu agaknya.”
Aku tipu!
“Ohh.. patutlah kau murung dan banyak diam sejak kebelakangan ini. Tak pe.. apa kata kita buat kat rumah aku? Macam mana?”
Aku renung muka Olia. Olia bersungguh-sungguh nak bantu aku. Aku sebak. Sayu hati aku ada sahabat sebaik Olia.
“Hari ni?”
Aku menyoal. Mungkin itu cadangan yang baik. Jadi aku bolehlah lupakan stress yang sedang melanda.
“Petang ini? Rumah aku, jadi!”
Olia peluk badan aku yang besar. Aku halakan pandangan aku ke tengah padang. Sepi. Sunyi. Aku sebak dan sayu! Bukan itu yang aku mahukan sebenarnya....

................

Aku berdiri dengan tangan aku bersilang ke belakang. Dada menanti dengan penuh debaran. Ala-ala macam dalam rancangan MasterChef dan sedang di uji masakan aku, oleh Chef Joe!
“Masin! Lemak dah ada cuma tergaring sangat. Manis dah okay. Boleh perbaiki lagi.”
Aku terangguk-angguk. Telan air liur aku. Masin ke tidak tu belakang kira. Aku dari tadi berpeluh sakan menggoreng cekodok kat dapur rumah Olia. Aku nak makan Olia tak bagi! Alasannya aku perlu berdiet! Peh!
“Saya akan perbaiki lagi. Terima kasih.”
Aku terangguk-angguk. Nak aje aku tonyoh mulut Olia yang kembung kunyah cekodok pisang special air hasil tangan aku.
“Agak-agaklah! Janganlah habiskan!”
Aku tarik piring cekodok. Berebut aku dan Olia.
TRITTTTTT!!
Aku dan Olia terkejut. Bunyi handset aku!
“Angkatlah!”
Aku diam. Nak angkat ke tidak? Itu mesti mak. Sejak balik sekolah aku terus ke rumah Olia. Cuma tinggalkan pesan pada mak aje.
“Mak kau eh?”
Aku menggeleng. Aku jeling tertera nama Abang Kamal. Kenapa cari aku? Aku tertanya-tanya.
TRITTTTT!
Berbunyi lagi. Aku jeling lagi. Kali ini panggilan dari mak.
Teragak-angak aku tekan punat jawab.
“Mak?”
“Siah kat mana?”
Suara mak tenang macam biasa cuma aku yang agak menggelabah sedikit.
“Rumah Olia. Jap lagi Siah balik. Kenapa mak?”
Alah, rumah Olia dekat sangat dengan rumah aku, setaman cuma lain lorong.
“Balik cepat. Jangan lambat dah petang dah ni. Abang Kamal ada belikan Siah pisang lemak manis, dia teringin nak makan cekodok pisang.”
Aku pejamkan mata.
“Ya, sekejap lagi Siah balik.”
Aku matikan talian. Aku tarik nafas dalam-dalam. Patutlah Abang Kamal call aku tadi.
Terus aku hilang semangat! Impian aku kian hancur!
“Kau nak balik ke? Hari pun dah petang ni, patutlah mak kau called kau tadi. Marilah aku temankan kau balik.”
Lama aku diam. Aku termenung.
Akhirnya aku menggelengkan kepala. Perlahan kemudian laju.
“Aku nak tidur rumah kau. Esokkan tak sekolah.”
“Betul ke Siah?”
Aku mengangguk laju. Bibir aku lebarkan. Senyuman penuh kesengsaraan!


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...23 ;)

Tuesday, September 25, 2012

Ada Aku Kisah! BAB 21


Ada Aku Kisah!


Hak Cipta Terpelihara. 
Jadi sebarang Copy paste ADALAH DILARANG SAMA SEKALI!
Jika ada kesilapan ejaan atau pun ayat, harap maklum manuskrip Ada Aku Kisah! belum lagi di edit oleh pihak EDITOR.

BAB 21

Peperiksaan SPM semakin hampir. Aku pulak sekarang semakin sibuk mengulangkaji pelajaran. Walaupun di dalam kelas aku tergolong di dalam pelajar top 10 terbaik, aku tak pernah bersenang-lenang dengan pencapaian yang aku raih selama ini. Aku nak berjaya macam Kak Long dan Bang Ngah. Belajar dan berjaya.
Cita-cita setinggi gunung?
Aku tak pernah pun teringin nak jadi doktor. Pada aku pekerjaan sebagai seorang doktor adalah pekerjaan yang cukup mulia dan terlalu mencabar. Tak sanggup nak menatap tiap wajah pesakit yang datang dengan wajah sugul dan muram. Nanti mood aku yang sentiasa ceria dan cool akan terganggu. Lagi satu, aku ni bukan kuat semangat, nampak darah aje pitam! Kan ke kes naya namanya tu.
Mak suruh aku jadi cikgu. Lagilah aku tak nak! Nak tahu kenapa? Aku ni kan besar. Aku takut bila aku mengajar nanti murid-murid aku tak nampak apa yang aku tulis kat papan hitam tu nanti. So lupakan ajelah ya, mak. Hasrat mak nak Siah jadi cikgu tidak mungkin akan terjadi.
Ayah cadangkan aku jadi pensyarah. Sebab aku selalu mewakili sekolah berpidato. Selalu juara pulak tu. Dan aku tidak pernah berangan-angan pun untuk menjadi pensyarah apalagi ahli politik? Lagilah aku tak nak! Aku ni kan besar, manalah boleh berdiri lama. Berdiri lama sikit aje kaki aku dah sengal. Belum cukup seminggu jadi pensyarah dah kena ambil cuti kecemasan! Kaki tergantung aje atas katil hospital! Tak nak aku!
Aku sebenarnya nak jadi seorang yang biasa-biasa sahaja. Seorang yang berpelajaran tetapi pangkat aku tak nak yang tinggi, biasa-biasa aje dah okay pada aku. Aku tak suka pening-pening kepala memikirkan hal kerja pejabat yang bertimbun. Dengan aktivi luar lagi.
Ish! Tak nak aku weh! Paling tidak pun aku cuma nak jadi kerani tak pun UP sikit Setiausaha! Dengan badan aku yang ‘comel’ ni? Boleh ke? Ada aku kisah!
 Sebab bagi aku kerja sebagai kerani atau setiausaha ni kan pada akulah. Tak perlu banyak bergerak. Hanya duduk aje kat meja dan menaip. Telefon berbunyi angkat. Boss datang bancuhkan kopi. Lepas tu bila boss meeting kau sama naik duduk sebelah boss lepas tu, catat aje apa yang boss kau cakap masa meeting tu. Lepas tu bila bos kau cuti, kau sama naik cuti! Berlengkar atas tilam! Kan ke best tu namanya...
Macam mana aku tahu? Sebab aku selalu tengok drama melayu di tv.
Aku sebenar-benarnya teringin sangat nak jadi pramugari.Nak kata aku berangan setinggi gunung everest, tak juga. Sebab aku memang suka! Suka aku tengok pramugari pakai baju kebaya, bersanggul dan jalan terkedek-kedek heret beg berlereng. Lepas tu terbang sana, terbang sini. Layan makan minum penumpang atas kapal terbang, tu aje. Kan ke best tu namanya! Pasal tu aku teringin sangat nak jadi pramugari. Walaupun aku sedar dengan keadaan aku yang ‘comel loteh’ ni kan manalah impian aku yang satu tu akan tercapai. Tak mungkin terjadi sampai bila-bila pun! Ada aku kisah!
Tak pun aku teringin benar nak jadi tukang masak professional. Yang ini pun tak mungkin akan menjadi kenyataan. Apa taknya, mak bukannya benarkan aku duduk di dapur, dia bimbang aku akan bakar dan letupkan segala yang ada. Kesian aku kan? Bila aku tak jengah ke dapur mak pulak bising! Serba-salah aku jadinya.
Entahlah, sampai sekarang ni, SPM dah semakin hampir. Aku tak tahu selepas ini apalah agaknya nasib aku? Aku berserah sahaja pada Tuhan. Aku terima dengan hati yang terbuka. Tak pun aku jaga mak dan ayah sampai ke tua! Ada aku kisah!
“Hoi! Berangan eh?”
Aku terkejut. Aku urut dada aku yang berdegup kencang. Olia sergah aku, nyaris tak pengsan!
“Aku bosan! Lama sangat tunggu cikgu masuk kelas. Aku mengantuk laaa...”
Aku menguap. Mulut aku terbuka luas macam pintu gua.
“Cikgu mesyuaratlah! Aku baru balik dari bilik guru tadi.”
Olia menghulurkan buku latihan Sains kepada aku. Aku selak. Semuanya cikgu tanda betul. Lega hati aku.
“Olia jom! Kita cabut ke kantin jap.”
Aku usap-usap perut aku yang berbunyi minta di isi.
“Aik? Baru sekejap tadi makan dah lapar lagi?”
Aku menjeling geram. Aku cuma minta Olia temankan, bukan nak dengar dia membebel.
“Kelas bangun! Selamat tengahari Cikgu!”
“Alaa....”
Aku mengeluh, kesal tak sudah!
Cikgu Suhailin mengangguk sambil melemparkan senyuman manisnya ke arah kami semua.
“Cikgu baru sahaja habis mesyuarat tadi. Ada berita gembira. Cikgu tahu ada di antara kamu memang suka apa yang bakal cikgu cakapkan sekejap aje lagi.”
Semua senyap. Aku asyik menguap dari tadi. Dalam hati aku berbunyi.. cakap ajelah cikgu kami dah mengantuk dah ni menunggu cikgu tak masuk mengajar. Aku menguap lagi, kali ini Olia tolak lengan aku yang tersangkut atas meja.
“Tutup sikit mulut tu.”
Olia sempat berbisik. Aku tunjuk muka toya.
“Ada sesiapa di sini yang minat memasak?”
Semua senyap. Aku pun senyap, kali ni tak menguap takut Olia siku aku lagi.
“Tak ada sesiapa yang minat memasak? Atau tak ada yang tahu memasak?”
Cikgu Suhailin menyoal sambil mata melingas. Tiada seorang pun yang berdecit, termasuklah Halim dan kawan-kawannya yang samseng.
“Angkatlah tangan.”
Olia tolak lengan aku dengan sikunya runcing.
“Kau apasal?”
Aku besarkan biji mata aku yang bulat. Hidung aku kembang-kempiskan. Geram aku dengan Olia!
Olia angkat-angkat kening, sambil tersengih-sengih. Aku jeling Olia.
“Siah! Siah! Cikgu, dia pandai masak! Selalu dia bawak cekodok bagi kami makan. Sedap cikgu...”
Mujur bukan si Halim. Aku rasa Halim semenjak kena jemur dan makan penumbuk aku sejak tu nampak aku selalu mengelak! Takutlah tu agaknya.
“Ish! Mana ada.”
Aku menjawab pendek. Hidung aku kembang-kempis. Malu aku!
“Okay, siapa setuju Siah, mewakili kelas kita untuk masuk pertandingan memasak? Cepatlah sekejap lagi cikgu ada mesyuarat lagi.”
GULP!
Semua angkat tangan serentak! Termasuklah Olia. Aku tarik-tarik lengan baju kurung Olia. Olia tepis tangan aku. Amboi!
“Nampaknya semua dah setuju. Siah mari ke depan. Ambil borang ini dan isi.”
Yek ele, apa ni? Aku? Mana aku pandai masak! aku gelisah tak menentu.
“Bangun ajelah! Dah bagi peluang tak nak! Jual mahal konon! Porah!”
Halim! Wah! Kau berbunyi juga akhirnya ya. Nanti kau! Aku mendengus geram dalam hati.
“Siah! Siah! Siah!”
Nama aku di laung pelajar-pelajar. Aku nak tak nak bangun juga akhirnya.
Terasa berat kaki aku melangkah. Borang telah berada dalam tangan aku.
Lama aku tenung. Boleh ke aku masuk pertanding memasak? Apa yang aku nak masak nanti?
Aku semakin gerun. Tiba-tiba perut aku berbunyi minta di isi.
“Siah, jangan hampakan harapan kawan-kawan awak dan juga cikgu. Cikgu yakin kamu boleh lakukannya.”
Senangnya cakap! Aku terkulat-kulat depan kelas. Semua mata memandang ke arah aku dan cikgu Suhailin.
“Ta..kkk naklah... Sa..saya tak pandai masak cikgu. Serius ni cikgu.. saya mana pandai memasak.”
Aku tergagap-gagap bercakap. Tapak tangan aku basah dek peluh. Aku panik tak sudah!
“Siah tak pandai masak! dia cuma pandai makan biskut mak cik kantin cikgu!”
Oh! Halim kau lagi ya.. nanti kau! Aku mengetap gigi. Halim tak serik lagi nampaknya.
“Sa.. saya tak nak cikgu.”
Aku tergagap bercakap. Pelajar riuh-rendah. Ada yang ketawa. Ada yang berbisik. Ada yang tunjuk ibu jari menjunam ke bawah. Aku buat tak nampak! Ada Aku kisah!
“Senang aje Siah. Hanya sejenis hidangan pencuci mulut. Tak kan awak tak tahu? Awakkan pandai buat cekodok. Hah! Buat aje cekodok awak yang sedap tu. Betul tak kelas semua?”
“Betul! Betul! Betul!”
Semua pelajar bersorak. Dah macam dalam kelas Upin dan Ipin.
“Tapi cikgu.. saya memang tak pandai. Saya tak pernah masuk pertandingan memasak, serius ni cikgu.”
Aku beria-ia. Aku takut sangat! Aku bukan dalam aliran katering, cikgu lupa agaknya aku dalam aliran sains!
“Sebab tulah cikgu pilih kamu. Sebab pertandingan ini bukan untuk pelajar yang mengambil aliran Katering. Hadiahnya lumayan tau Siah. Rugi kalau awak tak bertanding.”
“Apa hadiahnya cikgu? Kereta? Handphone? Top-Up?”
Ramai murid menyoal, riuh-rendah kelas jadinya. Aku semakin gementar.
“Entah-entah biskut kacang mak cik kantin! Ha! Ha! Ha!”
Halim ketawa berdekah-dekah. Aku genggam tapak tangan aku. Nanti kau Halim! Tak serik lagi kau ya! Aku mendengus dalam hati.
“Hadiah utama, wang tunai RM300, kedua RM200 dan ketiga RM100. Saguhati RM50 setiap seorang. Setiap peserta juga akan menerima sebuah hamper.”
“WoHooOoooo... lumayan tu! Siah! Masuk Siah! Rugi tak masuk. Kalah pun dapat duit dan hamper lah weh!”
Ramai yang menyokong dan memberikan aku semangat. Walaupun aku yakin, saguhati memang dalam tangan aku.
“Eleh! Gerenti Siah kalah!”
Halim lagi! Terjuih bibirnya yang tebal. Geram aku kian membara. Grrr....
“Siah, macam mana setuju? Kawan-kawan awak sokong kamu tu, jangan hampakan harapan mereka.”
Aku menggeleng perlahan. Serba salah aku jadinya.
“Cikgu akan support awak Siah. Jangan risau cuma pertandingan biasa sahaja. Dan awaklah calon yang paling sesuai. Lagi pun awak dah biasa masuk pertandingan di sekolah ni kan.”
Amboi! Cikgu Suhailin. Yang aku masuk selalu tu pertandingan berpidato dan bercerita. Ni pertandingan memasak! Masak aku!
“Siah.. jadi ya?”
Cikgu Suhailin lembut memujuk. Aku jadi serba salah. Aku memang kalah betul dengan Cikgu Suhailin.
Akhirnya aku mengangguk.
“Baiklah. Demi kawan-kawan, saya akan bertanding.”
Perlahan suara aku. Langsung tak bersemangat.
“YahOoo! Siah hebat!”
“Siah Masterchef!”
“Siah Boleh!”
“Siah akan menang!”
“Siah terbaik!”
“BOoo! Siah pasti kalah!”
Aku kenal suara siapa yang ‘Boo’ kan aku, semestinya Halim dan kawan-kawannya yang samseng. Tak serik lagi kau ya!
“Siah. Tahniah! Kerana awak sudi sahut cabaran cikgu dan kawan-kawan awak. Cikgu yakin kamu boleh lakukan yang terbaik! Buktikan kepada kami semua yang awak boleh! Terutama sekali Halim”
Aku mengangguk dan melemparkan sebuah senyuman sinis ke arah Halim.
Kepala otak aku berputar ligat. Balik nanti aku nak minta mak ajar aku macam mana nak buat cekodok pisang yang enak dan luar biasa dari biasa! Kes berat nampaknya ni!


*Nama dan watak di atas tiada berkenaan dengan yang hidup atau pun yang mati*

Nantikan BAB...22 ;)