Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Sunday, August 26, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Assalammualaikum... :)

Di kesempatan ini Shahriah & Keluarga ingin menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf... Jika selama ini ada terkasar bahasa, tersilap bicara minta halal makan dan minum... :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua peminat dan juga rakan-rakan blogger baru dan lama... pejam celik cepat benar masa berlalu kan kan.. macam baru semalam sahaja kita semua berpuasa.. hari ini dah pun masuk Aidilfitri yang ke 9.... hmm.. cepat benarkan masa berlalu meninggalkan kita semua...sayu aje hati ni... :( apa taknya sunyi sepi aje rumah yang riuh rendah dek keluarga yang datang bertandang seminggu yang lalu...


Macam baru semalam sahaja melayan keluarga, sanak-saudara yang datang berkunjung ke rumah...
tup! tap! hari ini hanya gambar sahaja sebagai kenangan... :)
Sedih dan sayu jugak.. 
riuh rendah rumah di penuhi sanak-saudara yang datang berkunjung...
bila bercakap suara macam menjerit nak haper! :))
apa taknya.. kekanak riang sama sibuk bercakap dan bergurau senda..lagi rancak kita berbual.. lagi kuat mereka bersorak.. hadehhh :))

hah! sekarang ni dah sunyi sepi dah rumah i ni hah!
hanya yang tinggal kenangan terindah yang akan kekal ku ulang-ulang bila kerinduan menyapa terhadap sanak-saudara... mujur ada gambar yang berlubur.. asyiklah duduk ku kais satu persatu... :D


Bukannya selalu dapat berkumpul..
Syukur Alhamdulillah cukup 6 beradik kami dapat berkumpul di Aidilfitri 2012..
memasing dah berpakat beraya di Johor..
tidak seperti sebelumnya.. ada sahaja yang tak ada... sibuk beraya di sebelah mertua masing-masing...

Tahun ini i buat buffet untuk hidangan di pagi raya.. mudah... keluarga ramai jadi meja tu tak ler sesak...
main pakai ambil, ceduk dan kemudian duduk di meja..
berbuallah kami... ohh seronoknya <


Tahun ini buat kuih tak banyak jenis.. adalah dalam 9-10 jenis.. lupa pulak nak kuhitung :))
buat banyak...
awal-awal lagi i dah masukkan dalam balang..
bila keluarga balik adalah sedikit buah tangan buat mereka yang datang berkunjung :)

Dalam banyak-banyak biskut..
hah! yang di atas tu lah selesai dulu.. raya kedua dah habis.. tinggal balang kosong! :))

Tak pe biasanya i akan cepat-cepat habiskan biskut raya tu.. dan nanti nak tiba penghujung raya.. i akan bancuh lagi dalam 2-3 jenis untuk open house... bila tu?
last raya kot.. ;) ~Wallahualam~
Di kesempatan ini Shahriah Dan Keluarga ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

KHAS
Untuk semua peminat-peminat di luar sana yang selama ini menyokong karya Shahriah dan mengikuti setiap perkembangan Shahriah di dalam dunia penulisan..
Insya~ALLAH jika ada kelapangan akan ku updatekan lagi blogs penulisan ku ini ya...
ini pun curi-curi masa aje ni...:D
Jaga diri yaa... :)


Assalammualaikum...

TATA!!

Monday, August 13, 2012

Dunia Masakan Celebriti Majalah Rasa Keluaran September 2012

Dunia Masakan Celebriti Majalah Rasa Keluaran 2012

Syukur Alhamdulillah... :)


Jutaan Terima Kasih buat Majalah Rasa kerana sudi menemuramah Shahriah di dalam ruangan
Dunia Masakan Celebriti...
Syukur Alhamdulillah juga apa yang di janjikan akhirnya tertunai jua.. tanpa sebarang halangan.. :)


Jutaan Terima Kasih juga buat Wartawan tersohor Majalah Rasa iaitu Cik Siti Ramlah Mahmud selaku insan yang bertanggungjawab menemurah i sepanjang photoshoot berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

Jutaan terima kasih juga buat Cik Nor Yanti Saharudin selaku jurufoto profesional.

Terima kasih adik-adikku... :)

Nampak tak gambar di atas tu.. riuh rembak jugak tu :))


Segalanya berkisar tentang awal pembabitan Shahriah di dalam dunia kulinari...
sebelum melangkah ke gelanggang MasterChef dan selanjutnya you all kenalah dapatkan 
Majalah Rasa keluaran bulan September 2012
Sudah berada di pasaran yaa.. :)


selain itu Shahriah juga ada menyelitkan beberapa buah resipi khas buat pembaca setia 
Majalah Rasa... semua resipi itu adalah dari buku resipi sulongku
Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


antaranya rendang daging


dan juga kek cawan Coklat Seribu Rindu
beserta resipinya sekali yaa.. :)


Lentok baik punyer :D

gambar ini di ambil ketika sibuk bershooting tumpang ler melentok sekali :))

Untuk keterangan lebih lanjut jangan lupa dapatkan keluaran.. TERKINI!!

MAJALAH RASA SEPTEMBER 2012!!!

Sekian terima kasih...:)

Assalammualaikum..

TATA!!!

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Di Sinar Harian 12 Ogos 2012


Assalammualaikum... :)

Syukur Alhamdulillah dalam sibuk menyiapkan persiapan hari raya yang bakal menjelma.. 
Minggu lepas saya telah di hubungi wartawan yang cukup popular iaitu Cik Adik Manis Marina Sahabudin. 


Beliau tertarik hati untuk berkongsi tentang buku resipiku yang telah berada di pasaran sejak Mei 2012 dan telah pun di ulang cetak.



Ini kali kedua Cik Marina telah berkongsi tentang karya dan hasil tangan Shahriah.
Sebelum ini tentang Kerana Sebiji Epal.. KLIK SINI


Syukur Alhamdulillah.. di kesempatan ini juga Shahriah ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Cik Marina kerana sudi memaparkan tentang buku resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.


Awal pagi Ahad 12 Ogos 2012 terus ke kedai berhampiran untuk mendapatkan beberapa Naskah surat khabar Sinar Harian.

Selak-selak.. ehh ada lah.. :D

Terima Kasih juga buat Sinar Harian kerana sudi memaparkan hasil karyaku itu.. :)


Cik Marina memang pakar.. setiap apa yang kucoretkan dengan begitu padat dan santai Cik Marina mengatur semula dan hasilnya apabila di baca memang nampak santai, padat dan mudah di fahami.
Terima Kasih sekali lagi Cik Marina :)


Segalanya berkisar tetang buku resipi...

 Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Sekian sahaja... dalam waktu terdekat ini akan kukongsikan tentang Sajian Istimewa Shahriah Abdullah keluar di salah satu majalah masakan yang cukup popular.. yang mana satu??
Sabar yaa.. Insya~ALLAH akan dikongsikan tidak lama lagi..


Jaga Diri... Assalammualaikum..

TATA!!


Thursday, August 2, 2012

Ponteng Puasa Kerana Rambutan Dan Sayalah Tupainya...


**MAAF BAHASA PASAR**


Assalammualaikum... Apa khabar semua? :)
Syukur Alhamdulillah.. dah masuk Ramadan yang ke 14 kita hari ini, menunaikan rukun Islam yang ke-3...

Wahh.. baca tak tajuk di atas tu? :))
Dan nampak tak gambar di atas tu.. yang gambar katon tu :D
Pandai betul yang melukis gambar tu yaa.. macam tahu-tahu aje rambut i panjang masa kecik dulu hehehe.. :))

Tang misai lelaki yang kononnya imaginasi *Arwah Ayah* juga lebih kurang aje misainya tu :))



Okay di pendekkan cerita, keratan akhbar di atas itu adalah keratan dari akhbar Berita Harian.. Khamis 26hb Julai 2012.
Terima kasih buat Encik Adli Sahar kerana sudi interview i untuk di kongsikan buat semua pembaca di luar sana.. di bawah ruangan Sastera.

"Puan ada tak kenangan masa zaman kanak-kanak di bulan Ramadan atau pun Aidilfitri?"

Hmm.. satu je dia soal.. 2 muka surat A4 saiz i karangkan untuk Encik Adli :)) Berbual di telefon tapi i cakap.. tak pe.. biar i karangkan dan email sahaja.


Jadi inilah hasilnya :D

'PONTENG PUASA KERANA RAMBUTAN'

Baik punyer! :))

Kisah itu berlaku masa i kecik lagi..zaman internet pun tak ada lagi. Kisah berlaku sekitar tahun 1980 tu dia... ada yang masih belum lahir lagikan masa tu? haa masa tu i berusia 6 tahun you.. comel dan bulat aje..:) Rambut panjang sampai ke punggung.. lurus dan perang tau rambut i masa kecik-kecik dulu.. sekarang dah bertudung :))

Masa kecik lagi Ibu dan Ayah dah didik kami semua berpuasa.. siapa dapat puasa penuh.. sehari dapat RM1 ngko aii... zaman dulu RM1 tu besar sangat nilainya tau.. macam RM100 :)) ya laa budak kecikkan dengan RM1 dapat beli gula-gula sekampit okeh!


Demi menyahut cabaran Arwah Ayah i pun berpuasalah macam nak hape! lapor dan haus jangan cerita you... nampak air lopak pun boleh kecur macam nampak air coke! :))

So masa tu bulan puasa.. musim buah rambutan banyak sangat berbuah.. terjuntai-juntai atas pokok tu hah!
Tiap petang anggaran dalam sejam waktu nak berbuka.. i mesti panjat pokok rambutan kat belakang rumah.. rumah kampunglah katakan..

Pokok rambutan tu rendang aje you.. sekarang jangan ko harap! tinggi sayup naa.. :D
So memanjatlah i tiap petang.. masa tu buah rambutan belum masak lagi masih menghijau kat celah dahan.. terjuntai aje giteew.. tiap hari i kira buah rambutan tu.. sampailah waktu nak berbuka i terjun dan berlari ala-ala tak sabar-sabar nak berbuka!
i kuat makan masa zaman kekanak dulu.. gemok pulak tu cute bahasa zaman sekarang :))


Beberapa minggu selepas tu buah rambutan pun dah mulalah merah menyala.. waduhhh masa tu jangan cerita dok lagi mengira atas pokok rambutan tu... kira punya kira tak tahan... masuk kiraan yang ke 20 perghhhh... air liur dah meleleh you! padahal tinggal berapa minit aje nak masuk waktu berbuka..
ehhh.. budak kecik mana tahu apa.. dosa pun tak ada..

Kucapai sebijik.. telan kupas dan telan dengan biji-bijinya sekali.. ya lah.. nak hapuskan bahan bukti.. :))
Adalah dalam 2-3 biji yang ku telan.. mujur tak tumbuh pokok rambutan tu yaaa :))


Esoknya tukar strategi lain... i makan buah rambutan tapi kulitnya i biarkan separuh kat atas tangkai yang berjuntai tu.. banyak ku makan masa tu.. denngan misi makan ala-ala tupai gitewwww... :D
selamat... pheeww.. tak ada yang tahu perbuatan 'Si Tupai' tu yaa..

Sampailah satu hari masa waktu berbuka.. Arwah Ayah berbual dengan Bonda...

"Buah rambutan banyak kena makan dengan tupai.."

Ngko aii... masa tu i kat meja makan.. rasa macam nak pengsan!!!


'Sepandai- Pandai Tupai Melompat'

Akhirnya kantoi Youuu.. duit RM30 tak dapat... apa yang dapat???
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... lebam birat kena ketil dengan bonda i tau... :))
sakit sampai sekarang kat lengan ni hah!
itulah dia kisah 'Si Tupai'


Tu dia pokok rambutan yang i panjat zaman kekanak dulu.. anak i tak pulak macam i.. pandai memanjat.. dia cuma tahu petik dan ragut aje buah rambutan :D


Dan satu lagi.. i dulu kecik-kecik kuat berangan.. 
duk atas pokok rambutan tu macam-macam yang berangankan...
dan kita merancang ALLAH yang menentukan segalanya...
Tak sangka pulak dengan duduk berangan atas dahan rambutan..
sekarang i bergelar Novelis.. :D
Syukur Alhamdulillah.. rezeki ALLAH SWT berikan..

moral of the story nak jadi penulis??
berminat??
jangan lupa dok atas dahan rambutan dan kira buah rambutan tu yaa.. dengan syarat telan dengan biji-bijinya sekali :)) :)) :)) *gurau sahaja nak ikut tips di atas terpulang*:D


Sekian Sahaja... Kisah Kali Ini...

Selamat Berpuasa..

Assalammualaikum..

TATA!!