Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, June 28, 2012

Untukmu Yuna


Yuna dan adiknya Ana adalah anak angkat kepada Encik Bashir dan Puan Kasmah. Walaupun kehidupan mereka sekeluarga 'Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kemiskinan bukan penghalang buat mereka untuk meneruskan kehidupan seharian walaupun tiap hari makan nasi seorang sesenduk dan sering tidak berlauk walaupun hanya ikan bilis secubit. Namun begitu kehidupan mereka di pondok buruk sangat bahagia, umpama tinggal di singgahsana yang cukup indah.

Kehidupan Yuna dan Ana mulai berubah.. setelah kematian Puan Kasmah ibu angkat yang mereka kasihi. Encik Bashir terpaksa  meninggalkan mereka berdua di bawah jagaan Mak Ngah Munah kerana bekerja jauh dari kampung halaman demi mengubah nasib mereka bertiga.

Yuna dan Ana teruk di dera Mak Ngah Munah yang cemburu dan tamakkan harta Encik Bashir yang hanya sekangkang kera. Yuna di pukul, di caci di kurung dan tidak di beri makan begitu juga dengan Ana. Kehidupan mereka berdua semenjak itu umpama neraka dunia! Kekejaman Mak Ngah Munah membuatkan Ana bercadang untuk lari dari cengkaman manusia bertopengkan Syaitan. Mak Ngah Munah berang lalu mengurung Ana berhari-hari tanpa di beri makan dan diseksa umpama hamba abdi. Yuna tidak mampu berbuat apa-apa kerana Mak Ngah Munah mengugut untuk membunuh Ayah angkat mereka seperti Mak Ngah Munah membunuh ibu angkat mereka.

Kekejaman Mak Ngah Munah berakhir dengan sebuah tragedi yang sungguh menyayat hati. Ana mati di tangan Mak Ngah Munah. Walaupun segala penderitaan telah berakhir dan tiada lagi penderaan dan cacian dari Mak Ngah Munah, namun jiwanya terseksa, kerna adik kesayangannya telah pergi buat selama-lamanya.

Perkahwinan yang di aturkan oleh Encik Bashir untuk Yuna, dengan seorang lelaki tua dan tidak pernah Yuna kenali seumur hidupnya. Demi membalas jasa baik Encik Bashir yang selama ini mendidik dan menjaganya sejak kecil Yuna pasrah... berubahkah kehidupan Yuna yang serba daif itu??? kenapa dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tua yang usianya bagai langit dengan bumi?? dapatkah Yuna menerima lelaki itu????

Segalanya terjawab di dalam....



>>> Antara petikan yang terdapat di dalam dialog UNTUKMU YUNA <<<

"Tadi ayah ambil upah tebas lalang di kebun Pak Imam. Lepas tebas, dia suruh ayah turunkan kelapa. Hah, tu yang dia sedekah kat ayah. Err... cuba kau kira berapa biji yang ada. Boleh beli beras dan gula nanti. Kalau ada lebih, boleh ayah beli anak-anak ikan." Encik Bashir


"Mampus kau! kau dan kakak kau tu menyusahkan hidup aku. Kalau bukan kerana ibu kau, aku dah lama bernikah dengan Bashir, kau tahu tak!" Mak Ngah Munah


Kelahiran Untukmu Yuna karya ke~7, sungguh bererti buat saya. Pertama kali menulis kisah penuh tragis, bermain dengan emosi, penderaan dan pencarian kasih sayang yang sukar untuk dikecapi. Apatah lagi menghayati watak Yuna dan Ana yang cukup terdera dan terseksa hidupnya, seolah-olah diri ini adalah Yuna dan Ana. Segalanya kuluahkan di dalam Untukmu Yuna, khas buat peminat semua. Shahriah Abdullah... :)

Tunggu sinopsis Karya-karyaku yang seterusnya.. Jangan lupa dapatkan di pasaran!! Terima Kasih... :) Assalammualaikum...



TATA!!



KERANA SEBIJI EPAL.. Terima Kasih Mama Hawa


Assalammualaikum.. Syukur Alhamdulillah.. Apa Khabar Semua? Sihat dan ceria hendaknya.. Amin.. 

Okay, sememangnya i memang sedang sibuk tahap 99 dah ni.. tapi setiap kelapangan waktu yang ada tu semestinya akan ku khaskan buat blogs kesayanganku.. Psstt.. perasan tak semenjak beberapa hari ni Blogs penulisan i ni laju aje di updates.. mau tak laju.. senang aje nak updates sebab gambar dah tersedia dan tak perlu nak di edit bagai hehehe :D


Dan mulai sekarang ni.. kepada semua pembaca dan yang telah memiliki Karya Shahriah Abdullah tak kiralah yang mana satu pun.. selepas anda baca Karya2 ku itu.. silalah tags di wall FB Shahriah yaa.. kerana selepas ini sesiapa sahaja yang tags di wall Shahriah akan Shahriah kongsikan di blogs penulisan Shahriah ini.. atas dasar 'SANGAT TERIMA KASIH, HATI UMPAMA BUNGA YANG MEKAR MEWANGI' sehinggakan sukar untuk di luahkan melalului kata-kata.. cecewaahhh ;)

TERIMA KASIH MAMA HAWA SINGAPURA


Jutaan Terima Kasih Buat Mama Hawa dari Singapura kerana telah memilih KERANA SEBIJI EPAL sebagai bahan bacaannya... :)

kisahnya begini..

i ni baru aje pulang dari urusan kerja di luar.. keluar jam 6:30 pagi selesai Subuh.. dan pulang setelah selesai urusan di luar tepat jam 5:30 petang.. *tiba di rumah*

Sampai sahaja uruskan dulu apa yang perlu terus ler ON FB i tu.. mesti nak kena ON FB.. kalau tak ON rasa semacam :D

So bila ON aje FB... tak sampai 10 minit ada sesorang tags di wall FB i.. taw.. :D 

Awww :D terkejut i youU!

Kisahnya... masa i baca apa yang rakan FB merangkap rakan blogger kesayangan masak-masak i ni taw.. :)

gini dia taip ekk..


59 minutes ago near Choa Chu Kang, Singapore 

Kerana sebiji epal... Najla keguguran & Herman aah... Shahriah Abdullah Novelis II mama dh selesai baca.. kalau dekat mesti mintak ttangan hehehe

*itu aje yang i dapat kongsi.. lain komen yang i balas tak dapek i nak share... hehheehh... hanya Mama Hawa sahaja yang tahu ekk* :))



TARRAAA!!!

Inilah dia gerangan MAMA HAWA kesayangan i... merangkap rakan blogger masak-memasak alam maya i tu... kejam mata 7 saat sambil jari tu scrool down pleaseeee :D
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



So sweett.... khas buat Mama Hawa kesayangan Sha... 
"Mama Hawa.. sha mintak halal sebab tags gambar tak mintak izin.. dan sekarang baru minta izin.. gambar Mama dan Papa Awww so sweettt... halal ekk Mama... Pleasee... macehhh" :D

Jangan memain Mama Hawa ni pakar dan taiko memasak di dapur tau.. dari Singapura.. Jauhhhhhh tu... *bagi yang tinggal di Langkawi, Sabah, Sarawak dan yang bersekutu dengannya* :D tempat i dekat aje dengan Singapura... cak! cak! :D dah nampak Singapore :)

Mama Hawa sanggup turun ke seberang tambak *Johor Baharu* hanya semata-mata nak mendapatkan karya Shahriah tau.. terus ler hati ni sebak dan sayu.. 

Mama Hawa tq SoooOOoooOOooo much ya.... moga ALLAH SWT merahmati dan permudahkan segala urusan Mama Hawa sekeluarga... dan sentiasa awet, panjang usia, lapang rezeki dan kekal bahagia selamanya bersama keluarga dan teman tersayang.. Amin...

Kengkawan yang lain tu.. kalau nak kenal dengan blogger masak yang hebat berasal dari Singapura silah jengah di blogs MAMA HAWA... >>>




Mama Hawa you so sweet.. so sha bagi Mama Cekelat gergasi dari Singapura ni yaa.. di USS tu.. khas buat Mama Hawa dan keluarga Singapura.. Insyallah tu cekelat ajaib! so dia tak akan cair dan tak akan habis!
betapa hebatnya cekelat yang sha peluk buat Mama tu kan! :D :)) ;)) cayanggggg Mama Hawa.. muahzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Sekian sahaja N3 hari ini.. soon akan i updatekan aktiviti i minggu hadapan.. ada demo memasak you!!
datanglah beramai-ramai! di mana??
TungguUUuuu... Update seterusnya... :)

Assalammualaikum.. salam ceria dariku... muahzz

TATA!!

Wednesday, June 27, 2012

Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Telah Di Ulang Cetak!


Assalammualaikum...

Syukur Alhamdulillah... dengan limpah kurnia YANG MAHA ESA... petang tadi, menerima panggilan dari Editor @ Grup Buku Karangkraf... Cik Adik cantik manis.. Cik Noor Shawati Che Razali telah menyampaikan khabar gembira... :)

Syukur Alhamdulillah... Buku Resipi Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.. yang di terbitkan pada bulan Mei 2012 telah di ulang cetakan yang KEDUA! Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih Ya, ALLAH!

Jutaan terima kasih juga ingin kuucapkan buat semua peminat Karya Shahriah Abdullah yang selama ini menyokong Karya-karyaku yang 8-buah itu. Hanya  ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya.. Amin.. Yarabbalamin... :)


Di kesempatan ini juga inginku kongsikan RASA TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA... buat semua rakan-rakan jauh dan dekat, kepada yang mengenali diri ini walaupun hanya di alam maya ini... walaupun tidak pernah bersua.. namun anda semua tetap dekat di hati ini... cecewaahhh TERIMA KASIH.. :)

TERIMA KASIH BUAT BLOGGER KESAYANGANKU JUGA.. KERANA TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBUAT N3 KHAS BUAT SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH :)
iaitu....

Nuffnang Ads


dan juga seorang lagi blogger kesayangan i... 

 



dan seorang lagi blogger cun melecun....

MAMA Erin & IFA




Beliau adalah antara blogger yang i kenal di alam maya ini yang telah membuat N3 khas tentang Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.. ada lagi beberapa kawan blogger tetapi i terlepas pandang.. jika ada silalah inbox i yaa.. sukacita penuh berbunga-bunga :) Semestinya ingin ku abadikan di dalam blogs penulisanku ini.. terima kasih semua.. sayang sangat kat you all semua tau.. muahzzz :)


Dan untuk makluman semua.. sekarang ini Shahriah sedang giat menyiapkan sebuah lagi manuskrip buku resipi yang lebih mantap lagi! lebih mencabar! dan yang penting.. segala masakan yang bakal ku sajikan nanti itu MUDAH, RINGKAS, CEPAT, JIMAT BELANJA DAN LAZAT!

Insya-ALLAH... dengan berkat usahaku yang tidak pernah kenal erti jemu... semestinya.. anda semua adalah nadi buatku untuk terus maju kehadapan dengan resipi yang lebih mantap khas buat semua yang cintakan dunia kulinari... :)


Jangan lupa dapatkan Karya-Karya Shahriah yang lain tu ya!

Assalammualaikum.. jumpa di lain N3 ya...
Terima Kasih.. salam sayang dariku..
Shahriah Abdullah

TATA!!



Tuesday, June 26, 2012

Novelis Turun Padang! Di Serang Seorang Lagi Blogger Baru! Tq so much MAMA ERIN


Assalammualaikum... Apa khabar semua... bertemu lagi kita di alam maya ini.. satu lagi kejutan! kisahnya begini.. pagi tadi bersamaan 27 HB Jun i baru sahaja buka blogs... dengan niat nak cek komen dari teman-teman dan nak membalas kunjungalah ceritanya ni... :D

Tetiba... ada satu lagi rakan blogger yang baru sahaja add i.. so i pun menjengahlah ke wall blogs beliau... tetiba.. terjojol! jojol! bijik mata i tau! meh jom tengok!


Foto ini i just copy dari blogger baru..*MINTA HALAL YA MAMA ERIN* merangkap rakan blogger baru kesayangan i.. samalah macam you all semua.. cayang kat you all! :)

Waduhh cetengok! cetengok! gitu ruper i tu hah!
muka menyeringai camtu rupa... tangan tu sibuk nak buka plastik buku resipi pembelian dari seorang rakan blogger baru i tu.... :D


berbual mesra macam selalu... semua peminat @ pembeli karya-karyaku adalah insan yang sangat kuhormati... terima kasih daun keladi.. hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas jasamu wahai kawan.. :)


apa yang kami bualkan tak ingat..:)
semestinya berkisar tentang penulisan lah yer tak :)
kebetulan cameraman i tak ada masa tu.. serius i meman tak ada gambar MAMA ERIN dalam kamera i.. frust betullah :(


Khas buat MAMA ERIN *nama pena blogger beliau*

Di kesempatan ini Shahriah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadikan buku resipi SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH sebagai koleksi Puan yaa...

Jangan lupa masak sedap-sedap tau :D

Terima kasih juga kerana sudi membuat 1 N3 khas buat Shahriah... sayang sangat!!

Kawan-kawan semua.. ayuh beramai-ramai kita add MAMA ERIN sebagai rakan blogger kesayangan kita semua... sila jengah ke blogs beliau.. memang best! nampaknya beliau memang suka melancong.. i pun suka awww ;))



Terima Kasih juga buat semua teman yang selama ini menyokong Karya-karyaku... anda semua adalah pemangkin semangat buatku untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang lebih menarik dan mantap! 
Insyallah... ~Wallahualam~


Buat teman-teman blogger.. kepada sesiapa sahaja yang telah mendapatkan Karya Shahriah Abdullah.. dan pernah membuat N3 Khas tentang Karya-Karyaku.. silalah inbox dan linkkan kepada i yaa... agar mudah untuk i buatkan N3 khas buat anda semua.. semoga hubungan di alam maya ini akan kekal berpanjangan dengan memberi sejuta manfaat buat kita semua... Amin... Insyallah.. ~Wallahualam~

Tunggu N3 khas seterusnya.. ada 2-3 orang blogger yang pernah membuat N3 khas Karyaku... Insyallah dalam waktu terdekat akan ku masukkan di dalam blogs penulisanku ini... so stay tune!
tahu kan??? kalau i terlepas pandang silalah beritahu dan inbox di box komen di bawah tu yaa.. terima kasih.. salam sayang dariku...

Assalammualaikum... :)

TATA!!

Monday, June 25, 2012

Novelis Turun Padang! MPH Alamanda, Gempar Di Serbu Blogger Kesayangan!


Assalammualaikum.. Syukur ke Hadrat Ilahi.. apa yang di war-workan.. apa yang di bisik-bisikkan di blogs dan laman Facebook ku ini.. akhirnya... acara Novelis Turun Padang! berjaya ku realisasikan... Syukur Alhamdulillah.. Syukur ya! ALLAH! segala urusanku di permudahkan OLEHNYA.. Amin... :)


Bertempat di MPH Alamanda.. majlis bermula jam 2:00 - 3:00 Petang, seperti selalu i akan datang lebih awal sejam atau 30 minit lebih awal.. itu cara yang ku amalkan selama ini. Demi menghormati jemputan dari pihak Karang Kraf.. :)


Jutaan terima kasih buat Adik Ashraf selalu pengurus majlis pada hari itu. Ashraf lah insan yang bertanggung jawab menguruskan segala atur temu bersama peminat pada hari itu.. Terima Kasih Adik Ashraf.. dia adalah seorang blogger juga.. tapi belum berkesempatan nak mengintai yang mana satu blogs beliau.. nanti kalau Ashraf terbaca ni.. silalah inbox akak ya.. biar akak add dan link kan Ashraf di blogs akak ni.. macehh.. :)


Tepat jam 2:00 petang aturcara majlis pun bermula.
sangat tenang dan cool aje di MPH tu.. ramai pengunjung yang datang.. tapi sepi aje.. maklumlah.. kedai buku.. mana boleh bising yer tak.. :))


Novelis Turun Padang!!

bukan i sorang aje tau.. di temani oleh penulis Alaf 21 yang sangat terkenal... iaitu Kak Durrah Fatiha *nama penanya*
senyum dan lembut aje orangnya...

"Sha dah lama tak jumpa Sha, kali terakhir kita berjumpa masa majlis makan malam bersama Permaisuri Agong kira-kira 2 tahun lepas.."

Ya, giteww i pun dah terlupa hehhehe...
banyak yang kami bualkan.. termasuklah aktiviti harian yang sering kami lakukan.. lebih kurang sama aje rupanya Kak Durrah dengan i.. blogger tegar rupanya!!
Kak Durrah pun ada blogs penulisan... pun belum sempat i intai.. Insya_ALLAH lepas ni.. pasti akan ku add kak Durrah sebagai rakan blogger kesayanganku juga.. Insyallah..


Acara dah bermula... i kalau dapat mic, hmm.. panjang ceritalah jawabnya.. :)


"Kak Shahriah.. tolong cerita tentang pengalaman akak di gelanggang MasterChef Malaysia"

ya giteeew kata adik Ashraf tu yaa.. maka berceritalah... :)


i dan Kak Durrah pakat eksen posing dengan karya memasing..:)


Hah! dok kat celah-celah buku yang bertimbun tu yaa.. itulah yang i suka :))
di timbuni buku2.. wahh bestnyaaaaa.... rasa macam nak tidur bertilamkan buku pun ada aww :))


Sesi tanda tangan khas buat peminat karya Shahriah Abdullah... 


Sambil tanda tangan tu.. tanyalah apa sahaja.. semestinya akan ku jawab..
tanya satu soalan i jawab 10 soalan! :))


Setiap kali bertemu dengan peminat.. adalah perkara yang paling i suka..
suka i dapat bertemu secara langsung dan berbual mesra.. hilang kepenatan setengah hari perjalanan nak ke Alamanda tu yaa.. hilang dan lesap mood nak bershopping!!!


Nampak tak apa yang Akak tu peluk? yaa itulah cenderahati Angry Birds ikhlas dariku..

bukan satu yang akak tu dapat yaa.. walaupun yang di belinya hanya senaskah karyaku Kerana Sebiji Epal..

siapa aje yang beli.. i tanya..

"Anak akak berapa orang?"

maka kalau 4 orang anak peminat i tu.. 4 keping cenderahati ikhlas dariku..
walaupun tidaklah mahal.. yang penting ikhlas dariku khas untukmu awwww :D


tengah dok berbual tu kan tetiba...


"Kak Sha.. saya SKA.. ingat tak?"

mak aii masa tu jugak i meloncat!! tak sangka blogger yang selama ini berbual hanya di kotak komen blogs i... 
akhirnya ada di hadapan mata you!!
mau tak suka!!
suka sangat!!!


SKA datang hanya semata-mata nak berjumpa dan minta tanda tangan dari i.. dia telah memiliki buku resipi 
SAJIAN ISTIMEWA SHAHRIAH ABDULLAH....



hadoii... i maintain cool aje tu.. tapi jauh di sudut hati nak aje ku peluk sampai penyet!
:)) :)) :))


Ucapan ini khas kutujukan buat SKA blogger kesayangan KAK SHA yaa..
terima kasih sayang kerana sudi datang semata-mata nak jumpa Akak.. cayang SKA selamanya.. muahzzzzz..
angry birds tu nanti simpan elok-elok yaa... ingat tau.. Angry Birds tu tandanya.. akak tak Angry tapi cayang sangat kat semua peminat.. muahhzzz

Nak tahu siapakah blogger SKA yang i cayang sangat tu.. silalah... ke blogs beliau dan addlah dia sebagai rakan blogger kita yaa.. semoga hubungan di alam maya ini dapat di panjangkan.. Aminn..

terima kasih juga buat suami SKA kerana sangat sporting dan sudi menemani isteri kesayangannya.. anda berdua terbaikk!!!



Kisahnya... tidak berpakat tidak berjanji...
seorang lagi blogger kesayangan i yang selama ini hanya bertegur sapa di kotak komen blogs i tu kan kan.. muncul dengan handbag keler merah!! teruja i you!!
hadoii petang tu memang asyik terkejut-terkejut aje i taw.. Syukur Alhamdulillah... terima kasih ya! ALLAH!


seorang lagi teman blogger kesayangan i.. Kak Ani Choco.. ya giteww nama blogsnya yaa.. Kak Ani!!!! sha teruja sangat dapat berjumpa dengan Kak Ani tauuu..
macam nak picit-picit Kak Ani sampai kempis!!!
:)) :))


Terima kasih Kak Ani sayang kerana sudi memiliki karya Sha yang ke-8
KERANA SEBIJI EPAL..
sayang sangat!!! muahzzzz

Sebelum ini kami tidak pernah berjumpa serius ni ekk.. selalunya Kak Ani hanya komen di kotak blogs i tu aje... cute sangat kalau dia buh komen cam ni..

"Cak! Cak! Sha Kak Ani datang ni.."

haaa lebih kurang macam tulah kalau Kak Ani buh komen.. kiranya mukadimah dia ler tu hehhee...
apa pun... dengan adanya Blogs ini.. banyak perkara yang positif yang dapat ku kongsikan buat semua teman-teman blogger walaupun taklah segah mana... Tapi Kak Ani adalah antara insan yang telah turut sama menjelajah...

Kalau nak tahu silalah bertandang ke rumah Kak Ani blogger kesayanganku itu.. jangan lupa add Kak Ani sebagai rakan blogger anda juga yaa... peramah orangnya.. i sangat suka!!!!



Hmmm.. bila dapat berjumpa.. apalagi.. sembang panjang ler kami.. Kak Durrah kat sebelah tukang sengih aje.. hehee...


Duduk nak sembang tak best! tu dia.. berdiri sama naik.. tinggi betul mereka berdua tu kan kan.. memacam yang kami bualkan.. Syukur Alhamdulillah.. moga hubungan yang terjalin akan kekal selamanya Amin... :)

Sementara menanti ibunya beramah-mesra tu kan.. Nellysha berdiri celah rak!
katanya selesai 3 buah buku yang dia baca...
beli cuma 2 naskah aje :))


Kusyuk...

Amalan membaca sejak dari usia setahun... sehingga kini..
Azellea Nellysha adalah pembaca dan pengumpul buku cerita yang TEGAR!!
moga satu hari nanti... Nelly juga akan jadi seorang penulis.. Amin.. ~Wallahualam~


cap ibu dan adik :))


Bonda turut sama Turun padang!!
terima kasih bonda.. cayang Bonda selamanya... :)


Khas buat semua peminat novel dan peminat dunia kulinari..
jangan lupa dapatkan Karya-karya Shahriah Abdullah ya..
Jutaan terima kasih buat semua yang sudi menyokong Karyaku selama ini..
Amalan membaca adalah Amalan yang mulia..
asalkan bacaan itu memberi sedikit-sebanyak info yang berguna...
yang elok di jadikan tauladan.. yang tak elok.. jadikan sempadan...

Wallahualam..

Sekian sahaja cerita i kali ini.. tunggu ada banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul tidak lama lagi.. pastikan anda semua TURUT SAMA TURUN PADANG YA!!

Assalammualaikum.. jumpa lagi.. :)



TATA!!