Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Thursday, March 31, 2011

TERIMA KASIH ALLAH... PENGORBANANKU MEMBUAHKAN HASILNYA... UNTUKMU YUNA


TERIMA KASIH ALLAH... PENGORBANANKU MEMBUAHKAN HASILNYA... UNTUKMU YUNA...
ASSALAMMUALAIKUM... kawan-kawan... lama dah tak updates blogs penulisanku ini.. macam biasalahkan.. blogs ini hanya ku khaskan untuk penulisan sahaja.. maka segala apa jua aktiviti harian akan ku up date sentiasa di BLOGS yang lagi 5 buah tu ekk... okay sebelum i menyimpang....  
TERIMA KASIH ALLAH... PENGORBANANKU MEMBUAHKAN HASILNYA... UNTUKMU YUNA...
 AKHIRNYA... UNTUKMU YUNA.. SELAMAT DI LAHIRKAN.. walaupun kelahirannya belum cukup bulan hehee.. sebab sekarang ni masih di dalam proses percetakan.. yang dah siap... EDIT DAN COVER sahaja.. so sebarang info terkini semestinya akan shasha update sentiasa di sini ekk... 

Untukmu Yuna... 
~SINOPSIS~
*di bahagian BELAKANG cover novel*

UNTUKMU YUNA
UNTUKMU YUNA
Juliana dan Jannah dibela oleh Encik Bashir dan Puan Kamsah yang tidak mempunyai anak. Setelah kematian Puan Kasmah, kehidupan Encik Bashir dan kedua-dua anak angkatnya kian terhimpit. Encik Bashir terpaksa menyerahkan Juliana dan Jannah di bawah jagaan Mak Ngah Munah.Semenjak itu, kehidupan Juliana dan Jannah umpama neraka. Mereka kerap didera oleh Mak Ngah Munah. Hasmudi, pelajar yang baru berpindah ke kampung itu telah menaruh hati dengan Juliana. Hubungan mereka terputus begitu sahaja setelah Mak Ngah Munah mendera Juliana dengan hebatnya. Setelah kematian Mak Ngah Munah dan Jannah, Encik Bashir telah menjodohkan Juliana dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish. Semenjak itu, jiwa Juliana sepi, kosong walaupun harta menggunung di depan mata. Hasmudi hadir semula di dalam hidup Juliana. Menagih cinta yang terputus di tengah jalan. Konflik apakah yang berlaku seterusnya?
UNTUKMU YUNA.... AKAN BERTEMU ANDA SEMUA....
pada... PESTA BUKU SEDUNIA DI PWTC APRIL NANTI.. SO JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENAMBAH KOLEKSI NOVEL ANDA YAA... SEMESTINYA... UNTUKMU YUNA TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN ANDA SEMUA.. kerana cerita tentang YUNA... memangku tulis buat semua peminat dan juga pembaca novel yang ku hormati..

JANGAN LUPA! UNTUKMU YUNA....

JUMPA SAYA DI PWTC DI DEWAN KARANGKRAFT
30 APRIL (SABTU)
TEPAT JAM 10 PAGI...
SLOT BERAMAH MESRA BERSAMA SHAHRIAH ABDULLAH...
AKAN AKU KONGSIKAN KEPADA SEMUA.. PAHIT MANIS SEMENJAK BERGELAR NOVELIS.. DAN JUGA SEPANJANG BERKARYA....
KAU MAWARKU...
CINTA NAJLA...
SETITIS KASIH...
SECALIT SAYANG...
KAU TERCIPTA UNTUKKU...
SERIBU RINDU UNTUKMU...
DAN KINI....
TERBARU...
KELAHIRAN CAHAYAMATAKU YANG KE 7!
UNTUKMU YUNA...

KHAS BUAT ANDA SEMUA... JANGAN LUPA BERTEMU KITA DI PWTC NANTI YAA... AKAN KU UP DATEKAN SENTIASA SEGALA INFO TERKINI TENTANG DUNIA PENULISANKU... HANYA KERANAMU... TANPAMU.. SIAPALAH AKU... *AYAT GEDIKS!* muahahaa..

jaga diri.. senyum selalu...:):)

Shahriah Abdullah Novelis.... mencatatkan sesuatu... BERSAMBUNG.....

INGAT UNTUKMU YUNA.. KHAS BUATMU..:):)

TATA!!!
 

Monday, March 28, 2011

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SUP KENTANG DAN KAROT

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: SUP KENTANG DAN KAROT: "SUP KENTANG DAN KAROTSiang-siang cakap ekk.. ini bukan menu penghabisan stok! muahahaa.. tetapi menu diet! oh! pocot mak aku! muahaha.. ken..."

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER

mY KitChen mY ReCipe'S mY CoOkiNG: KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER: "KETAM GORENG TEMPURA BLACK PEPPER Waduh! waduh! ketam segala! kata ON DIET???? tipu ekk.. uish i memang tengah berdiet... dengan cara yang..."

PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH

PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH

Assalammualaikum semua...:):) okay untuk pengumuman... tarikh akhir PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH adalah pada 1 APRIL 2011... so sesiapa yang masih berminat tu silah hantarkan penyertaan anda di laman FACEBOOK SAYA YAA..:):) terima kasih atas kesudian anda semua...:):)

HADIAH PERTAMA : WANG TUNAI RM100 BERSERTA CENDERAHATI ISTIMEWA

HADIAH KEDUA : WANG TUNAI RM70 BERSERTA CENDERAHATI ISTIMEWA

HADIAH KETIGA : WANG TUNAI RM50 BERSERTA CENDERAHATI ISTIMEWA

SETIAP PENYERTAAN AKAN MENERIMA CENDERAHATI ISTIWA.... APA TUNGGU LAGI!! CEPAT! CEPAT! MASIH SEMPAT LAGI NI!!!

UNTUK KETERANGAN LANJUT/ TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN.. SILA TEKAN DI SINI >>>>> TERMA DAN SYARAT

SEKIAN TERIMA KASIH... KERANA SUDI BERTANDANG DI BLOGS PENULISANKU INI.. TERIMA KASIH JUGA KERANA MENYOKONG KARYA SHAHRIAH ABDULLAH..:):)

TATA!!

Tuesday, March 15, 2011

CENDERAHATI ISTIMEWA KEPADA SEMUA DAN SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA

CENDERAHATI ISTIMEWA KEPADA SEMUA DAN SESIAPA SAHAJA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA


Bismillah.... Assalammualaikum semua teman-teman...:):) Hari ini 15hb March 2011... hati ini terpanggil untuk berkongsi sedikit buah tangan kepada SEMUA... yaa... SEMUA.... dan SESIAPA sahaja yang pernah dan telah memiliki 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA.... <3 sekiranya anda memiliki,  KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG BERTAJUK.... KAU MAWARKU <3 CINTA NAJLA <3 SETITIS KASIH <3 SECALIT SAYANG <3 KAU TERIPTA UNTUKKU DAN YANG KE ENAM SERIBU RINDU UNTUKMU <3 SILA SNAP GAMBAR ITU, TAK KIRALAH BERAPA PUN KOLEKSI YANG ANDA ADA.... SAYA AKAN HADIAHKAN SEDIKIT CENDERAHATI BUAT ANDA SEMUA BERSEMPENA ULANG TAHUNKU  BUKANLAH SEBUAH KERETA KANCIL ATAU WANG TUNAI RM1000... TETAPI SEDIKIT CENDERAHATI IKHLAS DARIKU KHAS UNTUK SEMUA PEMBACA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH...:):) TANDA TERIMA KASIHKU KEPADA ANDA SEMUA...:):)

BAGAIMANA CARANYA???

~~SNAP GAMBAR (BUKTI ATAU TANDA ANDA PEMILIK KARYA SHAHRIAH ABDULLAH)

~~SHARE ATAU TAGS GAMBAR YANG TELAH DI SNAP DI LAMAN FACEBOOK SAYA

~~SERTAKAN ALAMAT DI IN BOX FACEBOOK AGAR MUDAH SAYA MENGHANTAR KEPADA ANDA SEDIKIT CENDERAHATI KEPADA ANDA SEMUA

~~TARIKH TUTUP ~ 5 APRIL 2011

***APA TUNGGU LAGI.... CENDERAHATI ISTIMEWA KHAS BUAT ANDA SEMUA... TERHAD! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!


TERIMA KASIH SEMUA.. HANYA ITU SAHAJA CARA YANG DAPAT KUBALAS KEPADA ANDA SEMUA, TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA... MOGA ALLAH SWT MERAHMATI ANDA SEMUA...:):)

SALAM SAYANG DARIKU....



SHAHRIAH ABDULLAH....:):)

Wednesday, March 9, 2011

BERSEMPENA ULANG TAHUNKU HARI INI 10 MAC 2011... ADA HADIAH BUATKU UNTUK SEMUA PENYOKONG DAN PEMBACA NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH... DARI KU KHAS BUAT SEMUA...

Shahriah Abdullah mengucapkan.... JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN YANG TELAH MEMBERIKAN UCAPAN ULANG TAHUNKU..... DI LAMAN FACEBOOK... hingga tak menang tangan nak menaip satu persatu ucapan yang cukup INDAH.. cukup BERMAKNA buat diriku ini..... siapakah aku??? hanya insan biasa yang masih cetek ilmu dunia dan akhirat namun tidak pernah jemu untuk belajar dan terus belajar agar diri ini tidak ketinggalan... ~ WALLAHUALAM~ untuk teman sekelian TERIMA KASIH yang tidak terhingga... hanya ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya... ikhlas dari hatiku ini.... TEMAN ADALAH INSAN ISTIMEWA DI DALAM HIDUPKU... TANPA TEMAN SIAPALAH AKU! cewahhh.... ayat syahdu tu ekk..dengan penuh rasa rendah diri terasa diri benar-benar di hargai... TERIMA KASIH TEMAN.... walaupun kita tidak pernah bertentangan mata, namun tiap patah dan kata yang ku taipkan ini sungguh bermakna buat diriku khas untuk semua.... jiwang sangat ke??? i jarang susun ayat jiwang karat ni kecuali jika berkarya ehehee.... 

JOM! KENAL SIAPA SAYA... 
SHAHRIAH ABDULLAH.. 
SI INSAN BIASA SAHAJA...

Sebelum ini saya tak pernah berkongsi kepada teman-teman berapa usia saya... ada ker yang nak tahu ni??? hehee.. i bukannya artis FOFULAR pun ekk.. sama sahaja macam insan biasa.. malah tiap hari saya mesti makan sambal belacan dan ikan masin.. nak.. nak kalau musim jering aduhaii itu ler favourite saya hehee.. kan ker biasa benor tu.. okay perlahan-lahan saya share pada teman-teman serba sedikit tentang diri ini.... agar hubungan silaturahim di alam MAYA ini akan bertambah erat lagi... tanpa ada... 'UDANG DI SEBALIK BATU' tanpa niat ingin menambah koleksi BOY FRIEND! hahaa... ada ker nak kan saya ni??? Saya udah berpunya oke hehe... okay.... kira-kira 37 tahun yang lalu... hah! tahu ler sekarang ekkk.. berapa usia i sekarang... idak ler tua sangat.. masih dalam golongan remaja lagi cewahhh.... jiwa muda... usia tu bior ler dia berlalu ekk... masa dan hari mana boleh berhenti yer tak... okay i di lahirkan di sebuah kampung yang jauh terpencil nun...... jauh di sana.. kalau jengah pakai GOOGLES... nampak ler jugak... tapi cenonet naaa..... tempat tinggal tak ler perlu tahu yer tak? bukan ada yang nak datang meminang pun! hahaaa....(ITU SAHAJA YANG PERLU KU RAHSIAKAN.. DEMI NUSA DAN BANGSA) cehh... cehh.. cewahh...:):) **i tulis ni pun pakai hentam aje tau... ikut aje apa yang kepala i nak tulis dan taip... jika melompat-lompat tu adat ler ekk..menulis tru hearts katakan....:):)


Okay.... i adalah anak ketiga daripada 6 adik-beradik....di dalam keluarga yang cukup bahagia...:):) paling lincah, nakal, degil dan suka menjelajah seluruh pelusuk kampung ketika zaman kecilku... ala-ala penghulu kampung gitu ekk... yang mana Bonda i tak bagi buat.. yang itu ler i suka buat! cerita pendek aje ler ekk... contohnya godak parit dan panjat segala pokok yang berdahan! yang tak berdahan seperti pokok pinang dan kelapa.. i tak pandai panjat oke! i gemok masa kecik-kecik dulu.. panjat je melorot! kalau berdahan senang! senang bergayut! heee... pendek cerita masa kecik i memang lasak giler! sukakan adventures... tak reti duduk diam...(sampai laa kot hee.. manjat pokok tu idak ler lagi ekk..) ada aje yang nak ku try oke! setakat kena piat telinga dan cubitan di lengan atau peha.. rasanya kalau masa tu ada talian teledera.. hahaa.. you all fikir ler sendiri ekk... nakal ya ampun!


Apabila dewasa cikit... i dah slow down... i ada ramai kawan... tapi kawan rapat hanya satu sahaja.. yang tu ler kawan i berbual dan merayap ekk... dan sejak dulu i memang kuat berangan! tak kira walaupun masa cikgu mengajar di depan mata i pun i boleh berangan! masa jawab kertas peperiksaan pun i boleh berangan! bayangkan!


Tidak pernah berangan untuk menjadi seorang penulis pun... kenapa ler boleh jadi penulis ekk??? sampai laa i pun heran bin ajaib! jawapannya senang aje.. i ni bukannya orang kaya... tak ler miskin... tapi setakat nak beli motor vespa atau kapchai tu nak kena fikir 99 kali oke! betapa sengkeknya i hahhaa.. pasal tu ler i menulis kot.. kerja makan gaji... lebih 3K sebulan dulu ekk.. pun tak cukup! sebab apa??? sebab... sebab... i banyak sangat hobi! suka menanam pokok bunga, koleksi pinggan mangkuk, shopping kasut hehe... DAN BERJUTA LAGI HOBI YANG.... yang i suka orang tak suka! hee....dan juga paling berhantu.... MELANCONG! itu pasal ler tak cukup!


Perlahan-lahan... i mula ler terfikir... masa tu hidup i memang TERTEKAN.. rasanya bukan i sorang kot.. masa tu zaman kemelesetan ekonomi.. segalanya payah! dan susah! tapi i cool.... i mula menulis dan berkhayal ler.. i kan kuat berangan-angan.... hehee.. siap aje manuskrip i mula ler hantar ke Publisher... ada ler... manuskripku di TOLAK! apa ada kisah.. i terus campak manuskrip yang di TOLAK tu ke dalam tong sampah oke! PUTUS ASA JAP.... EHH... angan-anganku berapi semula... menulis dan hantar lagi manuskrip... ehh.. ehh... kena TOLAK! aku campakkan ke dalam TONG SAMPAH!! apa ada kisah.. guna tong sampah untuk benda yang dah tak berguna yer tak??? betapa coolnya i kan.... cewahh....:):)


Hari berganti hari.. minggu berganti bulan.. kehidupanku kian TERTEKAN.... dalam tertekan tu i NEVER GIVE UP! NEVER! NEVER! JATUH! I CEPAT-CEPAT BANGUN! I TERGOLEK! I CEPAT-CEPAT KONA BARING! haahaha.... DOA MASA TU JANGAN CERITA.. TIDAK BERENGGANG DENGAN TIKAR SEJADAH.. ASYIK BERENDAM DENGAN AIR MATA.. TIADA SECEBIS SENYUMAN DI BIBIRKU INI..... ALLAH MAHA MENDENGAR..... suatu hari menerima panggilan dari..... ENCIK ALI.... sekarang ni TUAN HAJI ALI... dah pergi haji dah SIFU I TU EKK... di taja pulak tu! bilalah agaknya giliran i akan di taja hehe... tawakal aje ler ekk.. ALLAH SWT MAHA MENDENGAR.... pastukan... TUAN HAJI ALI tu  ler yang memujuk i agar menulis dan hantar manuskrip pada dia... ingat lagi masa tu perbualan i di telefon dengan tuan haji yang i hormati tu ekk.... masa tu masih di atas sejadah.... dan masih berendam dengan air mata.. sebab tu i susah nak menangis sekarang ekk.. sebab dah puas menangis dan sentiasa mengelak untuk menangis... buat apa yer tak.. membazir air mata jerkk kan... kan.... cerita bersambung.... hehee


SHAHRIAH : "MAAFLAH ENCIK ALI.. SAYA.. MEMANG DAH TAK TAHU NAK MENULIS DAH.. IDEA DAH TAK ADA... LAGI PUN MANUSKRIP SAYA BEBERAPA KALI DI TOLAK OLEH 'PUBLISHER' SAYA SEDAR SAYA TAK PANDAI MENULIS.. DAN SAYA BUKAN SEORANG PENULIS SAMPAI BILA-BILA PUN..."

ENCIK ALI : "TAK APA SHAHRIAH, AWAK BOLEH CUBA.. SAYA AKAN GUIDE AWAK.."

SHAHRIAH : "SAYA TAK RETI LAA...." (bukan main tarik tali oke! memang tengah stress sangat masa tu.. sob.. sob..)

ENCIK ALI : "SAYA AKAN TOLONG AWAK.... SAYA PERCAYA AWAK BOLEH MENJADI SEORANG PENULIS YANG BERJAYA..." (lebih kurang ler ayatnya macam tu ekk..)

SEPERTI MENDAPAT SUATU SEMANGAT BARU... dengan menggunakan sebuah LAP TOP BERJENAMA ACER... version ala-ala tok adam.. yang huruf 'A' nya dah tertanggal.. wal hal itu ler huruf yang paling penting oke! hahaa.. menaip dan menaip berpandukan sebuah kisah benar dan ku tokok tambahkan agar sedap di baca.. (yer ler tu...) eh! yer ler..sebab dah jadi NOVEL sekarang ni ekk.. bila tak tahu aje.. i called Tuan Haji Ali oke.. tanya itu dan ini... MASA TU... TUAN HAJI ALI.... MELAYAN I DENGAN PENUH SABAR... I YANG TAK SABAR OKE hahaa.. kalau boleh sekali taip tu terus siap! memang ekk.. dasar tak menyabor! hehee.. i cool orangnya kalau you all nak tahu ekk... cewahhh...:):) tak caya tanya SIFU i TUAN HAJI ALI tu ekk.. ekk.... mesti dia jawab yer ler....

Dalam keadaan yang 'SUSAH' masa tu.. berjaya juga i siapkan MANUSKRIP PERTAMA I YANG BERTAJUK 'KAU MAWARKU'
Berapa lama di siapkan??? yang ni lama sikit ekk.. lebih kurang dalam sebulan... DAN 'KAU MAWARKU' di terbitkan bersama 6 orang lagi penulis BUKU PRIMA di PWTC.. masa tu BUKU PRIMA BARU DITUBUHKAN.. TAK DE SESIAPA PUN TAHU DAN KENAL SIAPA ITU BUKU PRIMA.. SIAPA ITU I TETIBA I interframe hehe.. siapa ler i ekk..  pesta buku tahun 2006.... PENULIS hanya kami ber 6 sahaja ya... yang masih kekal sehingga kini rakan seperjuangan saya ialah KAK RAMLAH RASHID seorang penulis yang tersohor siapa yang tak kenal dia yer tak.. yang lain rasanya dah kurang aktif menulis kot.. rasanyalah... maafkan saya jika tersilap ekk... dengan 6 buah NOVEL TERBITAN BUKU PRIMA yang pertama tau... tau.. kalau you all nak tahu... rak buku pun cuma ada dua baris... cuba you all bayangkan! duduk atas kotak lagi tau! masa tu i pakai jaket warna hitam, seluar hitam dan inner warna merah hati.. i kan fanatik keler merah! di dadaku tersemat sekuntum mawar merah... sempena NOVEL 'KAU MAWARKU' ohhhh.. kalau di ingat-ingat kisah dulu........... macam mana ler i boleh dok atas kotak ekk??? DAN SEMAT MAWAR MERAH DI DADAKU??? OH! TIDAKKK!!! hahaa.....

SELANG SEBULAN SELEPAS TU.... maka lahirlah.... 'NAJLA' KARYA KEDUA KU BERSAMA BUKU PRIMA.... SAMBUNGAN DARI KISAH 'KAU MAWARKU'......masa tu tak ramai penulis.. so lepas buku i keluar.. bulan depan... buku i lagi keluar... betapa aktifnya i haha..
Kalau you all nak tahu... ini lah dua buah NOVEL yang benar-benar memberikan seribu makna buat diriku selama bergelar seorang 'NOVELIS' di kala hidupku terhimpit... emosi tidak stabil.... dengan berkat DOA, DORONGAN, TUAN HAJI ALI, SUAMI, ARWAH AYAH, IBU, KELUARGA TERSAYANG.... dan itulah hasilnya.... walaupun ekonomi masa tu aduhaii punya ler lembab ekk... LARIS OKE! pembetulan.. laris ler jugak haha.... yang mana belum dapatkan dua buah novel sulong dan kedua shahriah abdullah anda wajib memiliknya.. kerana.... KEDUA-DUA BUAH NOVEL ITU TERSELINDUNG KISAH SUKA DAN DUKA... ~wallahualam~

Mula aktif dan gian menulis..... sikap suka berangan-angan ku di ambil kesempatan ke atas 'ANGAN-ANGAN' ku itu ekk.... maka lahirlah.... KARYA KETIGA SHAHRIAH ABDULLAH..... SETITIS KASIH....
wahh.. masa ni... kalau pesta buku di PWTC dah tak duduk atas kotak dah ekk.. duk atas kerusi.. ada meja lagi you! pakai baju dah tak de bunga ros lagi  masa tu... lip lap.. lip lap lagi you.:) hehee.... terus giat dan meningkat maju dan berusaha lebih serius.....  mula naik syiok bila terima $$$$  syiok sendiri pun ya hehee.. selepas tu lahir lagi NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH YANG KEEMPAT.... SECALIT SAYANG......
KARYA YANG MENYIMPAN SEJUTA KENANGAN TERMANIS DAN KENANGAN YANG TIDAK MUNGKIN AKAN AKU LUPAKAN SAMPAI BILA-BILA.... karya ini.. KARYA KEEMPAT.... KARYAKU YANG TERAKHIR ARWAH AYAH DAPAT MELIHATNYA.... ketika itu... ARWAH AYAH BERADA DI ATAS KATIL HOSPITAL PAKAR PUTERI JOHOR BAHARU.. kerana serangan sakit jantung yang sungguh kritikal... dan peluang untuk hidup hanya 20% sahaja.... masa tu Novel SECALIT SAYANG sedang dan masih di cetak di kilang ekk.. shasha called Tuan Haji Ali minta dia postkan dahulu dalam senaskah buat tatapan terakhir ARWAH AYAH.... permintaanku di makbulkan.... Arwah Ayah dapat melihat dan membelek SECALIT SAYANG..... masih kuingat lagi kata-katanya....sambil tangannya menadah ke langit.... sedihnya masa tu.....

"TAHNIAH! BAK YAKIN SUATU HARI NANTI AWAK AKAN BERJAYA MENJADI PENULIS YANG TERKENAL DAN KAYA RAYA! TAHNIAH! BAK BANGGA!" 

(ITULAH AYAT YANG ARWAH AYAH AKAN SEBUT DAN ULANG SETIAP KALI AKU MENGHASILKAN KARYA-KARYAKU SEBELUM INI...kaya raya tu yang i tak tahan... gerun jerk dengar ekk.... usaha ler baru jadi kaya dan raya lepas tu heheee...) masa tu yang ada di sekeliling Arwah Ayah sanak saudara yang datang bertandang... Arwah tidak henti-henti bercerita tentang bakat dan penulisanku yang ketika itu baru sahaja ada 4 buah... aku hanya mampu mendengar dan memerhati.... dalam hati berkata... 

"SELEPAS INI.... BAK TAK AKAN DAPAT LAGI MELIHAT DAN MEMBELEK DAN MEMBERI KOMEN... KARYAKU YANG BAKAL LAHIR SUATU HARI NANTI..tiada lagi kata-kata penuh semangat dari BAK (saya panggil Bak...ayah maksudnya ekk..)" 

sedih dan pilu hanya ALLAH SWT SAHAJA YANG TAHU BAGAIMANA PERASAANKU KETIKA ITU.. segalanya telah berlalu.... kini hanya tinggal kenangan... sahaja....SEWAKTU PESTA BUKU SEDUNIA BERLANGSUNG AKU TIDAK MENGHADIRKAN DIRI.... MASIH BERSEDIH DI ATAS PEMERGIAN ARWAH AYAH YANG TERSAYANG.... SECALIT SAYANG MEMBERI SEJUTA KENAGAN BUAT KU.....:(:(:( AL-FATIHAH BUAT HAJI ABDULLAH HAJI HASHIM.........................

KAU TERCIPTA UNTUKKU.... HASIL KARYAKU YANG KELIMA.... Sebelum ini karyaku yang empat itu.. ketebalan tiap novel itu hanya lebih kurang 300-350 muka surat. Tuan Haji Ali 'KERAH DAN PAKSA' saya hehee.. ayat power tu ekk.. ingat lagi macam ni kerahan dan arahan SIFU i yang tersohor tu ekk...


TUAN HAJI ALI : "KALI NI MANUSKRIP AWAK MESTI TULIS LEBIH DARI 500 MUKA SURAT! KALAU KURANG SAYA TOLAK!"


Jom! kita sekodeng dulu mana dia SIFU I YANG GARANG TU EKK....


TENGGG!!! TARRAAAA!!!!!
TUAN HAJI MOHD ALI

amacam??? kacak sungguhkan?? gagah lagi perkasa! cewahh..mintak-mintak SIFU i tu terbaca ler ekk..mesti dia belanja i makan nanti bila jumpa haha.... pujian ikhlas ni ekk.. walaupun dia garang, tapi hatinya baik.... kami memang NGAM! (ehem!) hehe... maka lahirlah 'KAU TERCIPTA UNTUKKU'.... dan ALHAMDULILLAH.... laku macam goreng pisang panas!!!! You! dah gi beli sekarang hehee..

'SERIBU RINDU UNTUKMU' ini ler satu-satunya karya yang bikin i hampir gila!!!! Urghhhhhhhhhhhhh.... yang paling leceh dan susah nak di garap!!! macam nak rak!!!! paling lama pulak tu! hampir 3 bulan baru selesai...3 BULAN TANPA HENTI MENAIP OKE.... itu pun aduhaii............................................. patut ler susah bebenauuuUUUUUUU.... bila di hantar ke meja editor! menjerit SIFU I TU EKK.... APA TAKNYA! 953 muka surat yang ku taip! I TERSILAP SETTING! BENDUL TUL I NI KAN! BUANG MASA!!!! patut ler susah benauUUUu hahaa.a.... sengal tul masa tu tau.. terasa diri ni macam tua tetiba ekk.. banyaknya masa di luangkan khas untuk menyiapkan SERIBU RINDU UNTUKMU! sifu tersohor i cakap dia hampir kehilangan kesemua rambutnya yang tebal dan lebat tu ekk hahaaa.... terpaksa di EDIT DAN di potongnya dan hanya di tinggalkan lebih kurang 560++ kot.. entah ler malas nak cek.. macam tak sanggup gituh! haha... apa pun memang mencabar betullah.. masa tu siap merayu dengan TUAN HAJI ALI ekk.. 
"INI LER KARYA TERAKHIR SAYA TAU TUAN HAJI! TAK SANGGUP DAH RASANYA! SERIK!"
masa tu ler... bila dah jadi NOVEL.. wah! tetiba dapat lagi idea... jangan lupa i memang suka berangan oke! haaa....

SERIBU RINDU UNTUKMU..... seribu kenangan buatku jua.... masuk tv bersiaran secara LIVE DI RTM 1.... DI TEMURAMAH OLEH TUAN HAJI RAMLEE AWANG MURSYID.. wah! masa tu rasa macam mana??? apa pun i tetap cool.... walaupun entah apa-apa yang kujawab masa tu haha.. yang penting segalanya berjawab dan terjawab oke.... huargghhh.. rasanya dah berjuta ayat yang kutulis siap beremosi segala lagi you!

SEBAGAI TANDA SAYANG DAN HORMATKU KEPADA TEMAN-TEMAN SEKELIAN YANG SELAMA INI MENYOKONG DAN SENTIASA MENGIKUTI SETIAP AKTIVITI DAN PENULISANKU SAMA ADA DI BLOGS DAN LAMAN FACEBOOK TERUTAMANYA... DENGAN INI I NAK BERITAHU PADA YOU ALL EKK....

'UNTUKMU YUNA'

KARYA KE 7 KU BAKAL MUNCUL DI PESTA BUKU SEDUNIA DI PWTC PADA BULAN APRIL.... PELANCARAN 'UNTUKMU YUNA' AKAN DI LANCARKAN PADA PESTA BUKU SEDUNIA DI PWTC.... DAN SEBAGAI HADIAH DAN TANDA PENGHARGAAN KEPADA ANDA SEMUA KHAS, IKHLAS DAN JUJUR DARIKU UNTUKMU....

SILA HADIRKAN DIRI.....

BERTEMPAT DI : DEWAN KARANG KRAF DI PWTC
  • TARIKH : 30HB APRIL 2011
  • HARI :SABTU
  • JAM : 10 PAGI (TEPAT) LEPAS JAM SEBELAS SLOT UNTUK BERTEMURAMAH DAN MESRA BERSAMA SHAHRIAH ABDULLAH TAMAT
  • ACARA :
  • PELANCARAN 'UNTUKMU YUNA'
  • PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PERSERTA MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH YANG 6 BUAH TU... PENYERTAAN MASIH DIBUKA TARIKH TUTUP PADA 1 APRIL (SILA RUJUK DI BAWAH LABEL KANAN ANDA DI BAWAH LABEL PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL **KALAU TAK SALAH)
  • TEMURAMAH BERSAMA SHAHRIAH ABDULLAH
  • BERAMAH MESRA BERSAMA PEMBACA 
  • HADIAH ISTIMEWA BUAT SESIAPA SAHAJA YANG HADIR DAN MEMBELI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH PADA MASA ITU...
  • DAN MASA TU... TANYA LER APA SAHAJA SAYA AKAN JAWAB! CEWAHH....
Okay RASANYA DAH CUKUPLAH YAA... CUKUP SETAKAT INI DAHULU.... KEPADA SESIAPA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH BERSAMA BUKU PRIMA... JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA... JANGAN LUPA MASUK PERTANDINGAN MENGIAS KULIT NOVEL KARYA SHAHRIAH YANG 6 BUAH TU, HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA.. SAYA DUDUK DI KAMPUNG TERCERUK.. MASA INI LER KITA NAK BERJUMPA, BERTENTANGAN MATA DAN BERAMAH MESRA..... I MEMANG TEROVER PERAMAH! SO YOU ALL JANGAN MALU-MALU YAA.. DEKAT LAH PADAKU... KERANA I TAK MAKAN ORANG HAHAA.....
DAN TAK LUPA JUGA BUAT ADIK-ADIK BUKU PRIMA YANG SELAMA INI BANYAK MEMBANTU DAN SANGAT BAIK HATI, CANTIK, MENARIK DAN THE BOOM! I LOVE YOU ALL EKK.. WALAUPUN ADA JUGA YANG TAK ADA DALAM GAMBOR TU JADI LER EKK DIK.. SOK JUMPA KITA BERGAMBOR SAKAN EKK.. EKK..:):)

SEKIAN SAHAJA....SALAM SAYANG DARIKU UNTUKMU KHAS BUAT PEMINAT DAN PEMBACA KARYA SHAHRIAH ABDULLAH.... WASSALAM....:):):)

*****SEMESTINYA AKAN I UP DATEKAN SETIAP MASA  TERUTAMA TENTANG...........'UNTUKMU YUNA'.............................. BAKAL MUNCUL DI PESTA BUKU SEDUNIA DI PWTC... JANGAN LUPA TAU! JUMPA DI SANA! DI SANA! DI SANA!!!


TATA!!!
shahriah abdullah novelis................................

Tuesday, March 1, 2011

DEBARAN KIAN TERASA..... YUNA.....

Assalammualaikum.. apa khabar semua? Shasha doakan semua umat di dunia ini berada di dalam lingkungan dan perlindungan YANG MAHA ESA... amin.. amin... Yarabbalalamin.. rasanya dah lama benar tak masukkan N3 dalam blogs penulisanku ini ekk... walaupun tak sentiasa up-dates blogs kesayanganku ini tidak bermakna shasha tak aktif di dalam dunia penulisan ekk.. sibuk macam mana pun separuh dari masa seharian tu memang ler mengadap PC.. tidak pernah gagal.. ada sahaja yang ku lakukan... menaip sentiasa... dan banyak projek untuk tahun 2011 dan masa akan datang malah projek untuk 2 tahun lagi pun dah mula shasha kerjakan ekk.. wah! tengok tu sibuk ke tak.. udah ler asyik memasak dan masukkan resipe harian dalam blogs My KitChen My ResiPe My CooKING tu ekk.. urusan business pun nak di uruskan pendek kata memang tak pernah duduk diam atau goyang kaki ler ekk.. tu yang bila ada peluang aje.. memang terbang ler bercuti hilangkan stress...
Okay ni nak share ler jugak dengan you all semua ekk.. nampak tak gambar strawberry masak ranum di atas tu haaa.... aje memang mengiurkan ekk.. my fav tu ekk.. you all pun sama yer kan.. okay sebenarnya ada kaitan buah strawberry yang mengiurkan tu ekk.. selama ini shasha buh gambar tu di Header Blogs shasha yang lelain tu ekk.. nak tahu kenapa??? ahah! bersebab ekk.. ni kiranya nak bagi clue ler jugak ni ekk.. dengan motto sharing is caring.... cewahhhh....
Ingat lagi tak manuskrip Shasha yang telah berada di meja editor??? tu manuskrip di atas tu haa... "YUNA" tajuknya kontot aje ekk... nak habaq mai ler ni kat you all.. debaran kian terasa.. umpama diri ini sedang sarat mengandung ni ekk.. kiranya dah nak cukup bulan ler ni hehe.. menanti hari sahaja untuk di lahirkan i tell you... okay.... TAJUK DAH ada... sikit hari sahaja lagi shasha akan beritahu dengan you all ekk.. COVER untuk 'YUNA' tu pun dah ada ekk.. Sifu i yang tersohor tu... TUAN HAJI MOHAMAD ALI cakap.... cover dia berbentukk.... ermmm... nak kena beritahu ke???? rasanya jangan dulu ekk.. nanti i beritahu secara detail oke kengkawan semua... i pun sebenarnya tak sabar ni ekk.. ikutkan hati nak aje terbang gi jumpa sifu i tu hehe.. tapi sabor... sabor.. shasha... yer sabor sesangat ler ni hehe..
DEBARAN KIAN TERASA.... YUNA... memang jantung ni bila teringat aje kat si 'YUNA' tu... terus ler berderau ekk.. dup! dap! dup! dap! aduhaii... itu satu kess... tentang buku resipe masakan pulak bagaimana??? aduhai itu nanti ler i cerita ekk.. lagi ler bergetaq seluruh tubuh ni.. sedang setia menanti ni ekk.. apa dia???? tungguUUuuuuu.... nanti i up date lagi oke... bagaimana dengan 6 buah novel shahriah abdullah yang 6 buah tu??? you all dah dapatkan ke belum??? masa untuk menyertai pertandingan menghias kulit novel masih lagi di buka.. tarikh tutup pada 1 APRIL... apa tunggu lagi... nak tahu lebih lanjut... geledah di label kat tepi tu ekk.. okay rasanya itu sahaja setakat ini yaa... jumpa lagi... jangan lupa... JENG! JENG! JENG!
SAYANG YOU ALL SEMUA.. TAKE CARE... 

IKHLAS DARI SHAHRIAH ABDULLAH....:):):) MUAHHH.....:):)