Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Sunday, November 28, 2010

CENDERAHATI DAN PERTANDINGAN MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH


CENDERAHATI DARIKU UNTUKMU....



TEMPAH 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH CENDERAHATI ISTIMEWA MENJADI MILIK ANDA, IKHLAS DARIKU UNTUKMU SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS....



CENDERAHATI ISTIMEWA BUAT ANDA DARI SHAHRIAH ABDULLAH

TEMPAH 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH SEKARANG CENDERAHATI ISTIMEWA KHAS DARIKU UNTUKMU.....
KARYA SULONG SHAHRIAH ABDULLAH ~ RM15.90

KARYA KE~2 SHAHRIAH ABDULLAH ~ RM16.90

KARYA KE~3 SHAHRIAH ABDULLAH ~ RM15.90

KARYA KE ~ 4 SHAHRIAH ABDULLAH ~ RM16.90

KARYA KE ~ 5 SHAHRIAH ABDULLAH ~ RM18.90

KARYA KE ~ 6 SHAHRIAH ABDULLAH ~RM19.90 TERBARU!!!
ANDA ADA SOALAN??
BAGAIMANA NAK TEMPAH???
~~Mudah sahaja... just tinggalkan pesanan di bawah kotak 'coments' tuu.... atau di 'chats box' di tepi tu ekk... sebarang pertanyaan juga boleh terus ke FACEBOOK FAN PAGE~SHAHRIAH ADILAH ABDULLAH.

BERAPA TOTAL UNTUK 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH??
~~TOTAL 6 BUAH NOVEL ~ RM104.40

TAK ADA DISKAUN KE??
~~TIADA DISKAUN TETAPI **PENGHANTARAN PERCUMA, ADA CENDERAHATI ISTIMEWA DARIKU UNTUKMU DAN JUGA TANDA TANGAN DARIKU JUGA AKAN MENJADI MILIKMU EKK...

BOLEH TAK BELI SEBUAH, DUA BUAH, TIGA BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH DAN BUKAN 6 BUAH? DAPAT CENDERAHATI TAK??
~~BOLEH. PEMBELIAN KURANG DARI 3 BUAH CAS PENGHANTARAN DI TANGGUNG OLEH PEMBELI. CENDERAHATI TETAP ADA DARIKU UNTUKMU EKK...

CAS PENGHANTARAN??

~~OKAY, CAS PENGHANTARAN PERCUMA JIKA ANDA BERADA DI SEMANJUNG DAN TEMPAH LEBIH DARI 3 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH

CAS UNTUK SABAH/SARAWAK??

~~OKAY, CAS PENGHANTARAN AKAN DI KENAKAN RM15 SAHAJA (LEBIH DARI 3 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH)

BAGAIMANA TENTANG PEMBAYARAN??

~~OKAY, SEBAIK SAHAJA ANDA BANK-IN KE DALAM AKAUN SAYA DI MAYBANK. PROSES PENGHANTARAN AKAN DILAKUKAN.

BERAPA HARI SAYA AKAN TERIMA??

~~DALAM TEMPOH 5 HARI BERKERJA. PASTIKAN ALAMAT ANDA TEPAT DAN BERSERTA NOMBOR TELEFON

APA LAGI KEISTIMEWAAN YANG SAYA AKAN DAPAT JIKA SAYA TEMPAH DAN BELI 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS??
~~DENGAN MEMILIKI 6BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH. ANDA TELAH LAYAK UNTUK MEMASUKI PERTANDINGAN MENGHIAS 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH. ADA HADIAH MENARIK BUAT ANDA SEMUA

BAGAIMANA CARANYA??? SYARATNYA??? HADIAH??? BERAPA PENYERTAAN BOLEH MASUK??? TARIKH TUTUP???
PERTANDINGAN MENGHIAS 6 BUAH KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH
HADIAH :
HADIAH UTAMA ~ RM100 BERSERTA CENDERAHATI
HADIAH KEDUA ~ RM70 BERSERTA CENDERAHATI
HADIAH KETIGA ~ RM50 BERSERTA CENDERAHATI
SAGUHATI ~ YANG MENYERTAI

SYARAT UTAMA:
  1. WAJIB MEMILIKI 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH (MASA PENYAMPAIAN HADIAH ITU, PERSERTA HARUS MEMBAWA SEKALI 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH SEBAGAI BUKTI PEMBELIAN)
  2. IDEA MESTI KREATIF DAN ASLI
  3. MAKSIMUM 15 KEPING PHOTOS MENGHIAS KULIT NOVEL SHAHRIAH ABDULLAH
  4. TIADA HAD USIA
DI MANA HARUS SAYA HANTAR PENYERTAAN ITU??
  1. HANTARKAN KE EMAIL SAYA ~ shahriah_aa88@yahoo.com.my
  2. HANTARKAN KE IN BOX FACEBOOK SAYA ~ SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS>>ATAU>>SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIS II>>>ATAU MY FAN PAGE>>SHAHRIAH ADILAH ABDULLAH<<<
TARIKH TUTUP:

MASIH BERLANGSUNG DARI SEKARANG SEHINGGA DI BERITAHU KELAK. SEBARANG PERTUKARAN AKAN DIBERITAHU

CONTOH MENGHIAS KULIT BUKU 6 BUAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.
KEPADA YANG TELAH MEMILIKI KARYA SHAHRIAH ABDULLAH, TERIMA KASIH HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALASNYA... KEPADA YANG BERMINAT UNTUK TEMPAH KARYA SHAHRIAH ABDULLAH... TEMPAH SEKARANG JUGA! TERIMA KASIH....

Friday, November 26, 2010

'SERIBU RINDU UNTUKMU' RTM 1 22 JULY 2010

SERIBU RINDU UNTUKMU ~
RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM 1 22HB JULY 2010 ~
BERSAMA TUAN RAMLEE AWANG MURSYID

DIARY...
22HB JULY 2010 RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM 1

DI STUDIO 2 ~ RTM 1 ANGKASAPURI
DIARY... SERIBU RINDU UNTUKMU... RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA

'SERIBU RINDU UNTUKMU'
RTM 1 22HB JULY 2010
Menerima panggilan dari pihak RTM 1... Karyaku yang ke~6 SERIBU RINDU UNTUKMU... akan di wawancara oleh Tuan Ramlee Awang Mursyid, penulis novel terkenal Malaysia. Mulanya macam tak percaya. Siapa aku? hanya penulis mentah yang masih terkial-kial menghasilkan tiap karya yang masih lagi banyak cacat dan celanya. 'Tuah Ayam nampak di kaki' aku mulai sedar.... Setiap rezeki ALLAH telah tetapkan bagi semua umatnya di dunia ini. Terima berita yang tidak 'disangka-sangka' itu dengan penuh rasa keinsafan... bermacam-macam aku fikirkan... teruja mungkin juga. Mau tak teruja... bukannya artis pun nak masuk TV! secara langsung pulak tu! boleh ke Aku bercakap depan camera nanti ekk??? mula berdebar-debar dan tidak dapat membayangkan bagaimanalah keadaan aku tu nanti ekk...
Bertolak kami bertiga ke Kuala Lumpur, Shasha, Bonda tersayang dan Pak Habibi, suami yang kukasihi. Kedua-duanya insan terpenting dalam hidupku. Insan yang menyokong minat dan kerjayaku selama ini. Kami tiba awal sehari kerana kebetulan Shasha ada urusan business di KL. Kami menginap di hotel malam itu. Mata tak boleh lelap, bukan kerana teruja nak masuk TV, tetapi berbual kami tentang Arwah Ayah. Kalaulah Arwah ada sudah tentu Arwah insan yang paling gembira. Berbual dan bersembang, tak sedar jam menunjukkan 4 pagi! bayangkanlah.. esok nak di wawancara, sebelum 8.30 mesti berada di Angkasapuri. Akhirnya pejamkan juga mata tu.. walaupun sejam lepas tu Shasha bangun untuk tunaikan solat Subuh dan bersiap-siap ke Angakasapuri... macam manalah agaknya ekk?? masa tu tak dapat bayangkan lagi ekk...
Syukur Alhamdulillah... sampai juga akhirnya kami ke Angkasapuri. Dapat pulak pas 'VIP' masa tu kembang-kuncup lubang hidung ekk... tengok tu... mata sembab.... suara???? perghh kalau ada yang tengok Shasha bercakap masa dalam TV tu... bukan suara sebenar Shasha tu ekk... suara 'SERAK' ala-ala penyanyi rock ELLA gitu! semuanya gara-gara tidur hanya 1 jam setengah sahaja! hehee..
Sampai aje di Angkasapuri, kami di bawa ke sebuah bilik menunggu giliran. Kemas dan cantik ruang menunggu tu ekk.. layanan juga mesra... sepuluh minit kemudian, muncullah insan yang bernama RAMLEE AWANG MURSYID... masa tu teruja betul ekk.. apa taknya dapat bertemu dengan penulis paling popular di Malaysia... terasa diri yang rendang ni terus kerdil hehehee... peramah orangnya ekk... kami berbincang beberapa perkara, antaranya soalan yang bakal di kemukakan oleh beliau tentang 'SERIBU RINDU UNTUKMU'... ringkas dan padat aje ekk.. sebab kesuntukan waktu. Masa tu tak berdebar pun, cool aje.. cuma yang Shasha bimbangkan... takut mulut Shasha yang semulajadi kalau bercakap tak boleh berhenti...hahaaa.... Istaghfar aje banyak-banyak masa tu ekk...
SERIBU RINDU UNTUKMU BERSIARAN SECARA LANGSUNG DI DALAM RANCANGAN SELAMAT PAGI MALAYSIA, 22HB JULY 2010, DI STUDIO 2....
Akhirnya.. apa yang di rancangkan... bakal menjadi kenyataan... Masuk aje di dalam 'studio 2' hati lapang dan cool... tapi mata Shasha tu yang dok melingas ekk... wayar-wayar yang berselirat sana-sini, camera yang biasanya nampak di kaca tv kini ada di hadapan mata... kru-kru yang sentiasa sibuk dan profesional menjalankan tugas mereka... memang mengujakan! bukan sebab nak masuk tv ekk.. tak rasa lagi masa tu.. cuma asyiklah dalam hati berkata-kata.. "cepatlah selesai.." tu aje ekk..lain tak ada....

SAAT YANG DI TUNGGU-TUNGGU HAMPIR TIBA... MASA YANG DI BERIKAN HANYA 10 MINIT SAHAJA UNTUK DI WAWANCARA. Boleh ke??? heheh almaklumlah selama ni kalau di temuramah lebih dari sejam, kat tv secara langsung pulak tu, hanya 10 minit!
Gambar di atas tu... sedang bersiap-siaplah tu ekk.. di pakaikan microphone... betulkan selendanglah.. kemaskan buku atas meja tu lah... gelak-gelak manja hehee... apa-apalah ekk, sebelum bersiaran secara live..... masa tu tak gementar lagi tauu... masih cool cuma agak kelam kabut sikit masa tu... takut selendang terlucut dari atas bahu! hehehee.. itu yang Shasha bimbangkan ekk..

Masa tu Shasha boleh ketawa lagi ekk... siap boleh angkat tangan pada Bonda dan Pak Habibi, Kru kat situ dok gelak aje heehee... siap boleh bergurau lagi tu.. lepas tu mengadu dengan Tuan Ramlee Awang Mursyid..."Tolong soal slow-slow tau hehee..." takut lain yang Tuan Ramlee soal lain yang Shasha jawab hehee....

"5... 4.. 3... 2... and..."
Perghh.... masa tuuu.... terdiam dan terkaku jap ekk... dalam hati berkata-kata.. "yer ker dah on air ni?" hehee.. muka tetap maintain cool.... dan akhirnya wawancara berjalan dengan lancarnya... dengan suara serak, mata sembab dan sebenarnya telinga masa tu kureng sikit ekk... macam berdengung aje.. mujurlah.. tak pekak jam tu hehee...
Wawancara berkisar tentang karya Shahriah Abdullah yang ke~6.. SERIBU RINDU UNTUKMU... macam-macam yang disoal ekk.. terus-terang ekk.. Shasha agak konfius sebenarnya dengan soalan yang diajukan pada Shasha tu hehe... tak tertelan air-liur masa nak menjawab tu. Tekak kering aje ekk... jawapan yang Shasha jawab tu macam tak betul aje.. hehee.. perasaan I ler...
"Cik Abang macam mana? kalau awak sibuk menulis?" Hahaha... itu soalan Tuan Ramlee pada Shasha ekk... yang beliau pegang tu adalah 'MAJALAH MINGGUAN WANITA' tahun 2009 keluar... berkisar tentang peulisan dan aktiviti Shasha bersama keluarga... 'SHAHRIAH KORBAN MASA TIDUR. 14 HARI SIAP SATU NOVEL'... masa tu kalau ikutkan hati nak aje Shasha gelak sekuat hati ekk.. mujurlah tak ekk... masih waras dan sedar diri tu berada di mana ketika itu..... masa tu jawab ler... soalan tu tak termasuk dalam dialog ekk.. Tuan Ramlee main hentam aje soal Shasha heehee.. kiranya soalan cepu mas ler tu...
Sepuluh minit berakhir juga... terasa macam sesaat aje ekk... Syukur Alhamdulillah... Selesai sudah... Berjalan dengan lancar dan yang penting.... Shasha bercakap apa yang di soal.... hehee.... mujur juga tak bersin atau terbatuk ekk... haah.. tak pulak masa tu... lepas tu yaaa.. terus bersin dan selsema! ehheee..
Selesai sahaja di wawancara... Shasha dengan ringan mulut dan tak kira apa pun... minta Tuan Ramlee Awang Mursyid bawa Shasha jengah ke dalam konti.. di mana Rancangan Selamat Pagi Malaysia bersiaran secara live dan bagaimana Pakar2 yang bertugas di dalam konti menguruskan semuanya... Shasha memang suka ambil tahu apa sahaja... kata orang tu 'menyelam sambil minum air' peluang macam ni bukannya selalu datang pada kita. Betul tak??? Tengok gambar di atas tu...macam-macam soalan yang Shasha ajukan ekk.. mengalahkan 'wartawan'... mereka semua memang mantop! apa jua soalan akan mereka jawab dengan mesra.. tu yang best tu ekk.. lama jugaklah berada di dalam konti tu.. syok! Youuu....
Syukur Alhamdulillah... berakhir sudah satu episod di dalam diary hidupku... sesuatu yang tidak pernah Shasha bayangkan atau impikan ekk... Setiap hari berdoa tanpa jemu ke hadrat ILAHI, moga rezeki buatku dan keluarga diperluaskan... dunia dan akhirat... Apa jua yang ALLAH SWT telah limpahkan buatku... jauh sekali ingin berbangga atau mendabik dada.. apa yang tersemat di hati ini... "SYUKUR ALHAMDULILLAH ATAS RAHMAT YANG DIBERIKAN KEPADAKU DAN KELUARGA TERSAYANG..." sentiasa ingat kata pepatah yang satu ini.. 'HIDUP IBARAT RODA"... dan dengan itu diri ini akan sentiasa berusaha dengan gigih dan berdoa kepada YANG MAHA ESA.. DIRI INI TIDAK AKAN BERHENTI BERUSAHA, BERSERTA DOA KEPADANYA... Kita merancang dan ALLAH SWT yang menentukannya.... Amin... Aminn.. Yarabalalamin..... ~Wallahualam~

Wednesday, November 24, 2010

BERSAMA PEMINAT





BERSAMA PEMINAT

Bersama peminat.... adalah kenangan terindah di dalam hidup Shasha ekk... tanpa peminat siapalah Shahriah Abdullah... (ayat biasa yang artis gunakan heehehee.. kira ciplaklah ni ekk...) Setiap kali menghadiri Pameran/Pesta Buku Shasha pastikan membawa sedikit cenderahati buat peminat Shahriah Abdullah yang datang membeli karya Shahriah Abdullah... tanda terima kasih atas sokongan semua...
Khas buat semua peminat/pembaca Buku Prima... terima kasih atas sokongan anda semua... Kepada yang dah membeli Karya Shahriah Abdullah... jumpa anda di Majlis Pesta Buku Sedunia di PWTC Kuala Lumpur... tahun depan 2011... tarikh akan diberitahu ekk..

Kepada teman-teman/peminat yang pernah bertemu dengan Shasha sebelum ini... jangan lupa berjumpa lagi kita nanti ekk... kita posing-posing sakan ekk.. berbual dan bersembang panjang.... beramah-mesra... dan juga yang belum pernah bersua muka tu ekk.. jumpa anda di sana nanti!!! INSYALLAH DENGAN KEMUNCULAN NOVEL KE~7????? TUNGGUUUU.... JUMPA DI SANA NANTI!!! SEMESTINYA ADA CENDERAHATI ISTIMEWA DARI SHAHRIAH ABDULLAH KHAS BUAT ANDA SEMUA... MUAHHH!!! YOU TAKE CARE! ~shahriah abdullah novelis~

SERIBU RINDU UNTUKMU

SERIBU RINDU UNTUKMU
Karya KeEnam Shahriah Abdullah

SERIBU RINDU UNTUKMU
Menceritakan kisah tentang seorang wanita bernama Maya gadis kacukan. Cantik, bijak, bergaya, berkerjaya, anak bungsu... tetapi sayangnya dalam usia 25 tahun, Maya belum pernah sekali pun merasai apa itu sebenarnya CINTA. Dia tak tahu bercinta, tak pernah dan dia rimas untuk bercinta atau dicintai. Prinsip yang dipegangnya selama hidupnya.. 'CINTA TAK PERLU DICARI, KERNA CINTA AKAN DATANG SENDIRI' dan kerana itulah dia tidak pernah mencari cinta. Zura sahabat karib Maya berlainan pendapatnya, dia mudah jatuh cinta, bertukar pasangan seperti menukar baju! Zura telah mencabar Maya agar buktikan sejauh mana dia pandai menulis, kerana sejak dulu Maya tidak pernah tunjukkan hasil penulisannya selama ini. Maya sambut cabaran Zura. Hanya dia kurang yakin, Zura cabar agar dia menulis tentang CINTA. Maya terima cabaran itu, dia berangkat ke sebuah resort percutian yang sunyi dan jauh dari semua orang. Di situ dia mulai berkarya... namun ideanya tiada, kerana dia tidak pernah bercinta jadi bukan mudah untuk dia karang cerita sebegitu.
Muncul Syed Muzafar... telah mendatangkan idea buat Maya, dia bercadang berpura-pura berbaik dengan Syed Muzafar jadi mudah baginya untuk menulis kisah cinta. Mereka mulai rapat, sepanjang masa dihabiskan bersama... semakin banyak idea Maya untuk di tuliskan di dalam buku ceritanya itu nanti...
Maya mulai sukakan Syed Muzafar padahal niatnya hanya satu, kerana buku yang sedang dia karang itu. Suatu hari Syed Muzafar meluahkan rasa cintanya terhadap Maya.. Maya sedar dia mulai menyintai Syed Muzaffar namun tidak berani diluahkan melalui kata-kata.. perpisahan berlaku jua.... Syed Muzafar terpaksa berpisah dengan Maya kerana dirinya telah di jodohkan dengan pilihan orang tuanya. Syed Muzaffar berjanji dia akan datang kembali dan mengambil Maya sebagai isterinya... Maya pulang dengan hati yang lara.. cinta yang baru di kecapinya telah lenyap dan pergi tanpa dia sempat untuk mengecapi erti nikmat sebuah Cinta..
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Ingatannya terhadap Syed Muzaffar tetap hidup, dia masih setia menanti walaupun Selama bertahun itu Syed Muzaffar tidak pernah datang mencarinya. Ismail persis sekali suara dan parfume yang dipakainya dengan Syed Muzaffar. Jiwa Maya yang kosong menanti cinta dari Syed Muzaffar akhirnya cair jua.. dia mulai menerima Ismail di dalam hidupnya... walaupun hatinya hanya untuk Syed Muzaffar.... Maya hampir di perkosa oleh Aaron.. mujur ada Ismail yang datang menyelamatkan dirinya. Ikatan terjalin, mereka akan bernikah... putus jua.. cinta Ismail tidak kesampaian... di tolak oleh Maya begitu sahaja dengan alasan dia tidak cintakan Ismail... Penantiannya terhadap Syed Muzaffar sia-sia belaka. Maya akhirnya....

Syed Muzaffar hadir selepas Maya bernikah dengan Ismail... apakah reaksi Maya??? Bagaimanakah perasaannya setelah Syed Muzaffar muncul di hadapan matanya dan menagih kasih dan cinta yang terputus di tengah jalan??? Ismail di tangkap basah?? Apakah keputusan Maya? Memilih Syed Muzaffar atau Ismail??? bagaimana dengan anak yang sedang Maya kandung???

~Jawapannya ada di dalam Novel SERIBU RINDU UNTUKMU... jangan lupa dapatkan di pasaran! Order terus dari Shahriah Abdullah atau terus kepada Buku Prima... terima kasih~Shahriah Abdullah Novelis~