Ada Aku Kisah!


Manuskrip Ada Aku Kisah!

DI LARANG COPY PASTE!

HAK TERPELIHARA

TEKAN 'SIGN IN' ANDA DI DALAM LIST KESAYANGAN SAYA EKK...

Saturday, January 16, 2010

Kau Tercipta Untukku

Kau Tercipta Untukku

~Karya Kelima Shahriah Abdullah~

Kau Tercipta Untukku...
Mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama 'Mira'. Hidup bersuamikan seorang lelaki kaki judi dan kaki ekor. Perjalanan hidupnya sungguh sukar, kerana segala-gala keperluan dapur dan rumahtangga terpaksa di tanggung oleh Mira...
Perhubungan antara Mira dan suaminya semakin renggang. Sering di pukul dan di maki hamun. Mira juga pernah di perkosa oleh suaminya... semenjak itu hatinya tawar dan dia menuntut cerai dari suaminya.... Mujurlah Mira masih ada kawan karib, bernama Noni. Nonilah tempat dia mengadu apa sahaja tentang masaalah rumahtangganya. Mereka sama-sama berkerja dengan Agen pencuci rumah. Sehinggalah suatu hari Mira di tawarkan sebagai pembantu rumah oleh wanita kaya yang bernama Engku Faridah. Tugasnya hanya menjaga tiga orang anak lelaki Engku Faridah yang nakal dan degil... Engku Adrus, bekas suami Engku Faridah mulai menaruh hati terhadap Mira... Adakah Mira turut menyimpan perasaan terhadap Engku Adrus?? Sedangkan Mira tidak pernah berterus-terang dengan sesiapa pun apa statusnya... Bagaimana pula dengan Azmi? Benarkah dia telah menceraikan Mira? Engku Faridah menyimpan dendam setelah dapat tahu Engku Adrus ingin mengambil Mira sebagai isterinya... Usop kaki panjang menyimpan hati terhadap Mira kerana Azmi telah berhutang dengannya... Mira telah dijual oleh Azmi demi melunaskan hutang lapoknya...Apakah kesudahannya? Mira bernikah dengan Engku Adrus? Anak siapakah yang di kandung oleh Mira?? Bagaimana perasaan Engku Adrus setelah melihat gambar Mira berasmara dengan lelaki lain, siapakah yang empunya angkara????

~Segalanya akan terjawab di dalam Novel KAU TERCIPTA UNTUKKU.... jangan lupa dapatkan di pasaran!!! tempah terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima... Terima kasih!

~Ikhlas dariku... Shahriah Abdullah Novelis~

Secalit Sayang

SECALIT SAYANG
Karya keempat Shahriah Abdullah

SECALIT SAYANG

Mengisahkan tentang kisah dua orang adik-beradik kandung, Jeslina dan Jesnita. Perwatakkan mereka amat berbeza, bagaikan langit dengan bumi. Jeslina seorang wanita yang bersopan santun, peramah, romantis, lemah lembut dan tergolong dalam golongan yang tidak berapa bergaya, simple. Jesnita pula seorang yang lincah, sexy, bergaya, suka berpoya-poya, kasar dan pendendam dan dia terlalu cemburukan kakaknya, Jeslina. Jeslina di tunangkan dengan Rizky, pilihan Ibu dan Ayahnya, pilihan yang sememangnya tepat buat Jeslina kerana Rizky juga kacak dan bijak dan cintakan dirinya. Jesnita cemburu kenapa Rizky yang kacak dan bijak itu memilih Jeslina dan bukan dirinya yang lincah, cantik dan sexy! Jesnita meminta kebenaran dari Mama dan Papanya agar membenarkan dia bernikah dengan lelaki bernama Zikry, lelaki yang baru dikenalinya dan tidak sampai satu bulan! cadangan Jesnita di tentang keras oleh keluarganya. Semakin bertambah dendamnya terhadap Jeslina, segala apa kemahuan Akaknya tidak pernah di bantah oleh kedua orang tuanya. Kehilangan Jeslina menjadi tanda tanya, dia hanyut di tengah lautan. Sebarang berita tentang Jeslina tidak di ketahui. Jesnita mulai bosan dengan Khairy, dia menuntut cerai setelah bayi yang di kandungnya keguguran... dia mulai memasang angan... Rizky akan menjadi miliknya... dan bukan Jeslina yang entah ke mana hilangnya....

Bagaimana dengan Rizky??? dapatkah dia menerima Jesnita?? sedangkan hati dan cintanya hanya kepada tunangannya Jeslina yang hanyut dan tidak diketahui apakah nasibnya.... Bagaimana pula dengan Zikry, sanggupkah dia menceraikan Jesnita??? Siapa pula inang??? apakah nasib Jesliana yang hanyut di tengah lautan??? siapa sebenarnya Jesnita???

~Temui jawapannya di dalam Novel SECALIT SAYANG... telah berada di pasaran! jangan lupa dapatkan, terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima... Terima kasih~Shahriah Abdullah Novelis~


Setitis Kasih

Setitis Kasih
Karya Ketiga Shahriah Abdullah

Setitis Kasih


Mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Mariah. Seorang anak angkat yang telah di pelihara oleh keluarga Pak Sarip. Kasih sayang yang dicurahkan kepada Mariah langsung tidak di bezakan. Malah Mariah sangat dikasihi oleh Pak Sarip dan isterinya. Namun pengorbanan Mariah tidak di sukai oleh Mariani anak sulong Pak Sarip. Dia berdendam dan cemburukan Mariah. Mariah tidak pernah ambil hati, dia terlalu sayangkan adik-adik angkatnya seperti adik kandungnya sendiri. Setelah mereka semua dewasa, tinggallah Mariah duduk di kampung menjaga rumah pusaka peninggalan Arwah Pak Sarip. Mariani, Mikail semuanya sudah berkerja di Kuala Lumpur dan berkeluarga. Sedangkan Mariah masih belum mendirikan rumahtangga, dia anak dara tua. Demi kasih sayangnya terhadap Ibu angkat dia sanggup menolak pinangan lebih dari 4. Mariani dan Mikail bercadang untuk melenyapkan Mariah di dalam hidup keluarga mereka. Mereka berpakat ingin menjual tanah pusaka demi melunaskan hutang piutang yang berkepuk. Mariah di halau dari rumah. Mariah terpaksa memendam perasaan, berpisah dari Ibu angkatnya, dia diugut oleh Mariani. Semenjak dari itu, kehidupan Mariah berubah. Mariah telah di terima berkerja sebagai pereka fesyen dengan kebolehan semulajadi yang dia ada. Dia bertemu dengan jejaka yang bernama Imran. Cinta mula berputik... Mukriz suami kepada Mariani datang kepadanya, berterus-terang bahawa dia cintakan Mariah selama ini dan bukan Mariani... Amir juga datang menagih cinta darinya... semua cinta itu di tolak oleh Maria... Disaat dia di tumpukkan dengan pelbagai masaalah... di kejutkan pula dengan berita bahawa dia masih lagi ada keluarga kandung... bertemukah Mariah dengan keluarga kandungnya itu? Bagaimana dengan Imran? kenapa surat sahaja yang menjadi pengganti, kemana ia pergi??? siapa pula Iman??? betulkah Iman itu Imran?? atau.... bagaimana pula dengan Ibu angkat Mariah? Apakah terjadi kepada Mariani dan Mikail???

~Segala persoalan itu akan terjawab di dalam 'SETITIS KASIH'... jangan lupa dapatkan di pasaran sekarang juga! pesan terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima.... selamat membaca! ~shahriah Abdullah Novelis~

Cinta Najla

CINTA NAJLA
Karya kedua Shahriah Abdullah

CINTA NAJLA
Kisah ini sambungan dari Novel KAU MAWARKU...

Najla sedang hamilkan anak sulong Herman, hasil perkahwinannya yang kedua. Najla begitu bahagia, buah epal merah dan segar adalah makanan yang dia paling suka, sepanjang dia hamilkan anak sulong yang mereka impikan selama ini. Herman juga begitu bahagia dan dia tidak sabar-sabar menantikan kelahiran anak mereka. Ernita muncul setelah Khairy bekas suaminya di tahan polis. Dia kembali kerana ingin membalas dendam. Dia cemburu melihat kebahagiaan yang sedang di kecapi oleh Najla dan Herman, sedangkan dia miskin dan melarat. Kerana Najla juga hidupnya terumbang ambing. Langsung tidak di pedulikan oleh Khairy. Ernita bercadang ingin meruntuhkan rumahtangga Najla yang sedang bahagia itu... kasih dan cinta Herman terhadap Najla mulai pudar setelah Ernita hadir di dalam hidupnya. Najla di biarkan terkapai-kapai menanggung perasaan sedih di atas kematian anak yang sedang dikandungnya itu. Herman semenjak bernikah dengan Ernita langsung tidak pernah menjengah... Ernita hamil! Herman adalah insan yang paling bahagia sekali. Tetapi di mana Ernita sepanjang kehamilannya? Kepulangan Ernita bersama bayi yang bernama Sabrina benar-benar menjadi tanda tanya Herman...
Bagaimana dengan Najla? setelah dua tahun di gantung tak bertali, adakah dia sanggup berdiam diri sahaja? Kenapa Herman mulai benci dan muak dengan Ernita? Siapa Sabrina sebenarnya? Siapa pula Zanariah, kenapa dia yang beria-ia benar ingin menjaga Sabrina?? Ikmal hadir di dalam hidup Najla setelah jiwanya menderita selama ini.... Ikmal teringatkan Arwah Isterinya.. wajahnya persis Najla... Apakah kesudahan kisah yang sarat dengan pelbagai konflik dan dendam ini????

~Jawapannya ada di Novel CINTA NAJLA... jangan lupa dapatkan jawapannya disana... boleh tempah terus dari Shahriah Abdullah atau Buku Prima... terima kasih! ~shahriah Abdullah novelis~

Kau Mawarku

Kau Mawarku

~Karya Sulong Shahriah Abdullah~

Kau Mawarku...
Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Najla. Dia seorang yang cantik, bijak, berkerjaya dan anak tunggal kepada Dato Nordin dan Datin Munira. Dato dan Datin ingin menambahkan kesenangan dan kekayaan yang mereka ada. Herman adalah jodoh yang sesuai buat Najla. Jodoh yang telah mereka rancang sejak Najla masih kecil lagi. Najla tidak menyintai Herman, kerana dia menganggap Herman seperti Abang kandungnya sendiri. Pertemuan Najla dan Khairy si pemandu teksi telah mengubah rutin hidup Najla. Entah mengapa Najla tidak dapat melupakan Khairy. Khairy dan Abu telah bercadang ingin meneruskan misi mereka. Najla anak hartawan, cantik dan bijak tidak mungkin akan di lepaskan begitu sahaja. Sehingga suatu hari Najla dan Khairy di tangkap basah! Pertunagan Najla dan Herman diteruskan juga walaupun banyak halangan terpaksa di tempuhi bersama. Najla mulai menerima cinta Herman yang ikhlas terhadap dirinya. Malam majlis pernikahan... Najla telah lesap! Najla menjeruk hati semenjak dia berkahwin dengan Khairy, dirinya langsung tidak di pedulikan, duit habis di kikis, malah Khairy begitu berani membawa balik perempuan dan berhibur di hadapan matanya, di rumah mereka sendiri... Khairy di berkas polis, Najla di selamatkan oleh keluarganya... Herman menagih semula cintanya yang terputus di tengah jalan... adakah Najla akan menerima Herman? Bagaimana dengan Khairy?? Siapakah Ernita yang tiba-tiba sahaja muncul di tengah-tengah kebahagiaan yang baru di kecapi oleh Herman dan Najla???....

~Jawapannya ada di dalam kisah KAU MAWARKU... telah berada di pasaran! dan kisah ini juga bersambung..... dengan Novel ke 2 Shahriah Abdullah ~ CINTA NAJLA~....
~Shahriah Abdullah Novelis~